Pages

Saturday, July 17, 2021

Vaksin Dose Pertama

Ini cerita semalam 16.7.2021


Jam 8.45am check Mysejahtera.. naik notification tarikh vaksin. owh hari ni. lepastu tengok timing jam 8am. Adeh camner ni.. sekarang kalau nak pergi dah lewat. Ayah telefon kawan di hospital, katanya tiada masalah datang sahaja petang. Fuhh lega.. ibu dah lah cuak.
Walaupun dah disenaraikan dalam senarai menunggu, risau tu masih ada. Nak kena cucuk jarumkan siapa yang suka.

Malamnya dah prepare baju apa nak pakai.. kena cari yang senang ditarik lengan baju. Tudung pun dah matching2 haha.. macam nak pergi dinner gitew persiapannya.

Dupdap dupdap
Sebelum bertolak pastikan bawa :-
1. Handphone yang register dengan Mysejahtera
2. Kad Pengenalan
3. Pen (walau mereka sediakan tapi lebih baik guna sendiri)

Perjalanan dari rumah ke KPJ Ampang Puteri dalam 50 minit sahaja.. Alhamdulillah jalan clear. Ada sekatan jalan raya SJR bila masuk ke hiway NKVE. Polis pun tiada tahan.

Scan Mysejahtera dulu.

Ada liason officer yang bawa kami ke bilik-bilik yang ditetapkan. Terima kasih Puan Masyitah teman kami dari awal hingga akhir.

1st checkpoint ni kena isi borang dulu.

Lepastu jumpa doktor yang ini mereka akan tanya status kesihatan kita. Di sini mereka akan terangkan vaksin apa yang kita akan terima. Kami akan terima vaksin Pfizer.

Oh ya... pemberian vaksin ini pun bergantung ada tempat dan juga apa yang Kementerian Kesihatan Malaysia KKM bekalkan. Minggu ini KPJAP dapat bekalan Pfizer manakala 2 minggu sebelumnya adalah Sinovac. Dalam Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan, KKM membekalkan 3 jenis vaksin iaitu Pfizer, Sinovac dan Astrazeneca. Selepas ini ada lagi 2 vaksin iaitu Sinopharm dan Johnson & Johnson yang akan dimasukkan dalam Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan.

Ada di kalangan rakyat Malaysia yang menolak sesetengah vaksin yang sepatutnya mereka terima dengan pelbagai alasan. Kerajaan menyediakan pelbagai jenis vaksin yang selamat agar dapat mencapai immuniti berkelompok (herd immunity) di mana setiap rakyat dapat di vaksin untuk perlindungan. Kalau hanya satu jenis vaksin disediakan agak sukar untuk mencapai herd immunity kerana vaksin dibeli di luar negara dan bekalan yang diterima adalah terhad. 

Cerita macamana boleh masuk dalam senarai menunggu ni macam ni. Katalah hospital telah diberi kuota 100 orang untuk divaksin pada hari ini. Jadi vaksin perlu dihabiskan pada hari tersebut kerana ada masa luput. Pasti akan ada orang yang tidak datang pada tarikh appointment maka masa ni lah senarai backup akan dipanggil. Kebiasaanya untuk keluarga atau rakan terdekat agar senang untuk dihubungi. Mereka sudah diberitahu awal-awal untuk standby dan sudah memberikan nama dan kad pengenalan. Jika di KPJAP mereka akan menghubungi setiap orang yang ada appoinment pada hari tersebut samada boleh datang atau tidak.

Kaunter ini daftarkan dalam status vaksin kalau tak silap.
Sentiasa on Mysejahtera sebab setiap kaunter mereka akan check.

Lepas itu mereka bawa ke bilik injection vaksin. Suami isteri dibawa ke bilik yang sama cuma partition berbeza. Ayah disuntik oleh petugas lelaki. Sebelum itu mereka akan tunjukkan botol vaksin dan tertulis Pfizer dan kemudian tunjuk jarum ada 0.3 ml dos vaksin.


Setelah selesai, duduk di ruangan menunggu selalma 15 minit. Mereka akan pantau kesihatan kita di sini. Ada disediakan light refreshment. Ayah minum teh-o tapi ibu tak ambil sebab berpuasa.

Beritahu petugas di situ jika mengalami simptom kesukaran bernafas, bengkak di muka/ bibir/tekak, naik tekanan jantung, ruam dan pening/lemah.

 
Setiap orang dapat ini sebagai cenderahati.

Ambil gambar di sini. Bukan selalu dapat masuk hospital canggih ni.


Selepas habis sesi pemantauan ada kaunter checkout pula. Di sini mereka akan beri tarikh temujanji untuk dos kedua. So kena datang lagi 3 minggu kemudian.

Alhamdulillah selesai debaran pertama.
Blog ibu kan.. so kena letak lah picture lebih hehe..

Ayah kata tak sakit pun kena cucuk hurmmm.... tak terasa katanya.

Ada member kata couple dose sebab dapat vaksin sekali dengan pasangan. hahaha.. ada pulak istilah gitu!

Terima kasih Uncle Bad yang baik hati. 
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindungan Allah.

Ini lah booth yang KPJAP sediakan. Sebelum pegang2 signage tu better spray dulu dan lepas guna sanitize tangan. Booth ni depan lift jadi agak sempit sikit. Takes turn pada yang nak guna. Tapi tak ramai sangat pun orang masa ni. Uncle bad kata biasa jam 10 - 12 pm ramai. Sehari KPJ hanya vaksin 400 orang sahaja.

Ibu bawa Thieves spray dan sanitiser.
Peppermint tu masuk kereta terus sapu di lengan.

Semoga asbab dengan penerimaan vaksin ini, kita semua dihindarkan dari wabak Covid19 yang terlalu ganas. Setakat hari ini varian Alpha, Beta dan Delta boleh menjangkiti dengan begitu cepat sekali.

Selepasa ambil vaksin selama seminggu ni tidak boleh buat exercise yang berat. Ibu pun lebih-lebih lah cakap tak boleh buat kerja rumah hahaha.. bolehkan gitu.

Balik singgah Naili's Place di depan hospital. tapau untuk dinner. Sampai di Setia Alam singgan Tealive untuk beli air. Masuk drive thru Starbuck untuk belikan kopi Cik Fatin, rupanya dah tutup memandangkan jam hampir 7.15 pm. Azan maghrib ketika di kereta. Minum air kosong dahulu.

Sampai rumah terus mandi dan solat dahulu.

Barulah dapat dinner dengan anak-anak. Beli di Naili's Place tadi. Ada chicken chop, fish and chip, lasagne dan buffalo wing. Uncle Bad tadi ada bungkuskan koayteow goreng, pisang goreng, sandwich tuna, cekodok goreng dan buah-buahan.

Pagi ini tampal koyok di lengan di samping masih sapu peppertmint.
Rasa berangin je.

Cerita hanya ambil vaksin pertama tapi panjang lah pula. Tak apalah. ini mungkin akan jadi ingatan di masa akan datang.

3 comments:

  1. Sama tarikh kita cucuk semalam kak. Alhamdulillah settle dah. Sekarang ni waktu tak kira dah asalkan date tu betul harinya. Semoga dapat melindungi diri kita lepas dapat vaksin ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh.. alamdulillah dapat juga ya. Tu lah.. takut susahkan petugas sebab dah ada time takut terlepas waktu... tu yang kalut.

      Delete
  2. Alhamdulillah.
    Syukur semuanya ok. Tunggu dos kedua pula ye. Moga dipermudahkan segala urusannya nanti.

    ReplyDelete