Hari ini hari ke 4, Perintah Pergerakan Diperketatkan (PKPD)
2 hari sebelum PKPD, ibu ada belanja barang dapur di NSK. Nampak bawang putih kupas beli setengah plastik. Cadangnya nak buat minyak bawang putih.
Bahan-bahan
1. 2 mangkuk Bawang putih (dicincang tapi ibu blend kasar tanpa air)
2. 2 mangkuk Minyak masak (agak-agak banyak)
Cara-cara
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih. Kacau sentiasa agar tak berkerak.
2. Bila agak dah perang boleh tutup api sebab minyak akan menggorengkan lagi. Kalau lama sangat boleh pahit.
3. Bila dah sejuk boleh masuk dalam botol.
Bagus minyak bawang putih ni. Dulu saya pernah buat, bubuh dalam ikan kukus. Harum baunya.
ReplyDelete