Pages

Wednesday, July 14, 2021

Geram

Selepas solat maghrib tadi sementara tunggu Isyak ingat nak update blog tiba-tiba dapat whatsap mesej dari rakan sekerja perlu hantar dokumen hari ini juga. Geramlah sungguh macam tiada hari esok padahal dokumen yang diperlukan itu tidaklah urgent mana. Cepat-cepat siapkan kerja tersebut dan e-mail kepada yang berkenaan. Bila kerja di rumah ini kadang-kadang rasa tiada deadline. Bila nak report kena bagi juga padahal kita perlu allocate masa untuk diri dan keluarga. Walhal bila di ofis boleh pula mereka bagi masa. Inilah salah satu punca tekanan bila bekerja di rumah. Adakah mereka fikir di rumah itu bersenggang-senggang. Padahal bekerja pun ikut waktu ofis.

Tinggalkanlah sakit hati itu. Habis update blog nak layan filem Netflix Tamil pula. Release tension.

Petang tadi minta Cik Ujang parutkan kelapa dari 5 biji kelapa yang telah dikupas. Pokok kelapa yang ditanam oleh atuk. Ada 5 batang semuanya dan subur mengeluarkan buah. Cik Ujang terpaksa jualkan sahaja di kedai berdekatan sebab untuk makan sendiri terlalu banyak.

Jika tolak di kedai mereka ambil RM1.80 sebiji dan dijual kepada pelanggan RM2.80 sebiji. Pelanggan untung sebab buah kelapa kami besar-besar berbanding yang orang lain letakkan.

Lepas buka siap pack dalam plastik untuk sekali masak. Letak dalam freezer untuk tahan lama. Nanti nak masak letakkan di luar untuk proses defrost dan boleh diblend dengan air untuk dapatkan pati yang lebih pekat.

Hari ini 4 Zulhijjah.
Untuk berbuka ibu masakkan pari kencur, telur dadar dan ulam daun raja petik di rumah Cik Ana. Kakak Widad gorengkan terung tadi sementara ibu ke kedai membeli barang dapur. Popiah mantap tu Cik Cha beri pagi tadi dan ibu masuk dalam peti ais. Petang keluarkan tak berubah rasanya. Masih sedap. Ini sebab tiada taugeh dan timun dalam popiah tu.

11,618 angka tertinggi kes +ve covid.

Ya Allah, Kau angkatlah penyakit ini dari muka bumi dan berilah kami kesihatan dan kesembuhan.
Hanya Engkau Maha Mengetahui.
 

4 comments:

  1. Sabar kak. Begitulah dugaannya. Syukur masakan sedap dapat kurangkan geram tu.
    Aaminnn..tak sabar nak tunggu covid pupus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah sabar je. kadang2 give and take cuma pihak satu lagi berlebih2 pula.

      Delete
  2. Saya setujulah, banyak sungguh gangguan kerja-kerja online ni. Memang tak peduli masa. Baik lepas subuh atau pun tengah malam dan juga hari cuti. Kena banyak bersabarlah. Kalau tak memang naik jew darah hihihiii.
    Masya Allah... sedapnya tu pari masak dengan kencur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah masih bersabar.
      Masak kencur tu terlebih hancur sebab anak dara potong ikan kecik sebelum masuk AF. Dah pesan potong 2 je mungkin tak perasan.

      Delete