Pages

Saturday, July 3, 2021

Durian Jelebu

Malam tadi bila Cik Rasul beritahu di whatsapp grup yang beliau akan bawa durian dari Jelebu. Ibu dah rasa teruja. Durian kampung dengan harga RM10/kg. Ini kira murah sebab di tepi-tepi jalan, penjual menjual durian kampung dengan harga RM18/kg. Ramai cakap durian dari Jelebu ni sedap.. ahhh lagi lah tak sabar. Haritu Kak Widad beli durian kampung, RM40 untuk 750 gram isi durian sahaja. Sedap tapi tak puas makan sebab tak banyak hahahah..

Jam 5.30 pm tadi buah sampai.

Buah cantik-cantik.

Isi pun molek semua.. 
Ada rasa lemak manis pahit.

Kombinasi yang dicari.

Fuhh..
(pinjam gambar Pakcik Jamal dari grup whatsap)
Pakcik Jamal ambil buah yang besar-besar, 30kg dan kesemuanya elok-elok. 

Pelbagai warna.. pelbagai rasa.
yang lubang-lubang tu tercucuk duri durian :-)

Overall sangat puas hati.

Oh ya... ibu beli 10kg lebih.. dapatlah dalam 9 biji sebab ibu ambil saiz sederhana sahaja. Itu pun pilih sendiri.. jadi nasib2 lah. Setakat buka 7 biji tadi semua elok-elok. Ada yang masuk dalam peti ais sebab Kawi nak makan sejuk-sejuk.

Ini pun rasa agak pening kepala mungkin terlebih makan durian huhu...
 

2 comments:

  1. Seronoknya dapat makan durian. Tak sabar nak tunggu musim durian di Borneo.

    ReplyDelete
  2. Lewat sikit kat sana ya musim durian.. tunggu sikit masa lagi sampai lah tu.

    ReplyDelete