Tajuk taknak kalah๐๐๐
Beberapa hari lepas dapat perkhabaran sepupu ibu Cik Hilda dan suami Cik Dena telah positif C19. Seluruh ahli keluarga di rumah yang sama perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah sebab bergejala rendah. Macam di rumah nenek haritu... satu rumah ada yang positif dan ada yang negatif.
Adik beradik ibu yang lain dan juga keluarga sebelah atuk sudah mula menghulurkan bantuan makanan. Disebabkan ibu masih bekerja, hari ni sahaja baru berpeluang membeli barang dapur untuk dihulurkan kepada Nenek Ina sekeluarga.
Setel buat pembelian dan delivery.
Telur sepapan, ikan siakap, cencaru, kembung, pari, sotong, ayam, ikan masin, kangkung, bayam, terung, cauliflower, cili, roti, kaya, aiskrim, Yakult, biskut, wafer dan jajan2.
Dapat pulak mesej dari Cik Wada... ehh.. macam tau2 je๐คญ
Cik Wada juga bagi kiriman wang untuk topup belian. Alhamdulillah semoga bertambah2 rezeki Cik Wada sekeluarga.
Bila tahu Cik Ujang ada sumbangkan makanan kering seperti beras, minyak masak, tepung dan sebagainya, ibu decide untuk beli bahan basah pula. Jadi nenek Ina boleh masak makanan complete untuk keluarga. Buah sahaja tak beli sebab di kedai tak jual hari ini.
Aiskrim, wafer dan biskut2 untuk cucu-cucu Nenek Ina. Harap tidak kena kecam kot cucu-cucu tak makan hahhahha.... bolehlah buat kudap-kudapan.
Bak kata Ummi... sedekahlah walau sebiji kurma๐๐
Semoga Nenek Ina sekeluarga cepat sembuh dan dijauhkan dari virus jahat ini.
Sempatlah ibu bersarapan cempedak goreng bawah pokok jering. Sambil2 berVC dengan Cik Ami yang jauh nun di Kajang sana.
Cik Ami nak pergi kedai cari barang dapur. Cil Ami paling lama tak balik rumah nenek. Sabarlah ya.. mujur sekarang boleh berVC. Walau jauh.. dekat di hati!
Harga telur naik tak di sana? Encik Suami kata harga telur dah naik. Kelmarin dia beli seppan gred A RM16.50.
ReplyDeleteAlamak tak perasan plak tadi.. tapi beberapa minggu lepas dalam RM13 camtu bila adik yang jual ada kata harga naik.
ReplyDeleteAlhamdulillah..masing masing memberikan sumbangan. Semoga keperluan dapat digunakan semasa kuanrantin. Semoga semuanya baik baik dan segera sembuh. Aaaminnn...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteAlhamdulillah bila dikelilingi saudara-mara yang baik hati dan mengambil berat antara satu sama lain.
Delete