Pages

Friday, July 30, 2021

Lauk Katering Semasa Kuarantin

Simpan di sini kenangan kami adik beradik semasa pandemik Covid 19. 

Semasa ada ahli keluarga yang disahkan positif Covid19 dan dalam keadaan tidak sihat seperti demam dan sakit kepala juga hilang deria rasa  kami adik-beradik lain bersepakat untuk menghantar makanan siap dimasak. Oleh kerana komitmen kerja, maka kami telah memesan dari seorang kenalan yang biasa membuat katering kecil-kecilan dan sudah biasa mengambil pesanan makanan. Kami hantar juga makanan kepada keluarga yang kuarantin kendiri disebabkan menjadi kontak rapat. 

Makanan dihantar 2 kali sehari iaitu makan tengahari (12 pm) dan makan malam (6 pm).
Menu pula tukang masak yang decide. Ok juga sebab tak perlu kami pening kepala memikirkan apa yang perlu dimasak. Pack makanan dikira RM7/kepala. Jika tambah nasi RM1.50. Beras yang digunakan adalah beras wangi. Hanya individual pack (rumah nenek) sahaja tambah nasi. 3 rumah lain kami order lauk dan sayur sahaja. Nasi mereka masak sendiri sebab boleh adjust berapa banyak biasa makan.

Selain dari makanan, kami juga menghantar bahan kering seperti telur, roti, frozen food, aiskrim, biskut dan beberapa keperluan lain. Rezeki mereka juga lebih apabila ada beberapa wakil menghantar bantuan makanan kering seperti beras, tepung, minyak dan sebagainya.

Positif Covid19: Keluarga Cik Baya (6 orang), Cik Biela, Cik Awie dan Cik Piqa
Kontak rapat : nenek, Cik Fatin, keluarga Cik Cha (5 orang) dan keluarga Cik Nora (6 orang).
Jumlah keluarga/rumah : 4 buah

Screenshot sahaja dari FB tukang masak.

Hari Pertama.

Hari Kedua

Hari Ketiga

Hari sebelumnya baru dapat tahu result yang di rumah nenek 3 +ve dan 2 -ve , maka makanan di bungkus asing.
Antara sebab kukuh mengapa kami tidak membenarkan aktiviti memasak di rumah nenek yang bercampur +ve dan -ve. Kita tidak mahu ada pertembungan ketika di dapur. Pinggan mangkuk dan segala utensils pun tidak boleh kongsi. Guna sahaja bekas pakai buang.

Hari Keempat

Hari Kelima

Hari Keenam

Hari Ketujuh
Hari Kelapan

Hari Kesembilan

Hari Kesepuluh dan terakhir

Alhamdulillah, selesai sudah urusan kuarantin sehari sebelum Hari Raya Haji.
Berkorban 10 hari kuarantin kendiri di rumah.

Apabila ada di kalangan keluarga kita ditimpa musibah, kita sokong mereka. Jangan biarkan mereka down. Terkurung di rumah bukan sesuatu yang menyeronokkan!
 

8 comments:

  1. Alhamdulillah dah melepasi masa kuanrantin. Bagus juga idea pesan makanan dari catering sebab dah tentu tentu mereka masak setiap hari. Senang juga dah siap bungkus dalam bekas. Jadi tak perlu nak asingkan di rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. senang cari orang yang biasa masak. Kalau order dari kedai makan pun boleh. Yang paling penting kena ada kemudahan buat delivery.

      Delete
  2. Syukur Alhamdulillah. Moga dapat ganjaran dari-Nya, prihatin terhadap mereka yang ditimpa musibah.

    ReplyDelete
  3. Aamiin.. Alhamdulillah..kami bantu apa yang termampu cikgu.

    ReplyDelete
  4. Semoga Allah jualah yang membalas kebaikan kalian serta sukarelawan.أمين يا الله

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dikelilingi ahli keluarga yg saling melengkapi & menyayangi satu sana lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..semoga hubungan kekal hingga ke jannah.

      Delete