Pages

Monday, July 19, 2021

Puasa Arafah 9 Zulhijjah

Puasa hari ini agak mencabar sebab cuaca agak panas. Ini baru di Malaysia kan.. kalau di tanah suci mungkin lagi panas. Allahu.. asyik merungut je. 

Masa break kerja ofis sempatlah basuh ayam dulu dan letak bumbu garam dan kunyit. Petang sikit boleh goreng. Habis kerja ofis bergegas ke dapur sediakan untuk masak juadah raya. Pagi dah rebus ketupat mini 14 biji dalam rice cooker. Ini pun baki dari raya puasa hari tu.

Pertama kali juga masak sambal kacang. Biasa makan atau tapau dari rumah nenek. Jadi hari ni ibu berazam buat juga. Nanti baru up resepi.

Untuk juadah berbuka, hanya nasi goreng, ayam goreng dan cempedak goreng. Rasa tak larat pula nak berdiri lama-lama di dapur.

Sepinggan cempedak goreng bagi kat Cik Ujang. Demam berjemaah dengan Cik Ana selepas vaksin Astrazeneca.

Berbuka dengan Nescafe-o panas dan air 100+. Lega pula rasanya. Barulah ada tenaga lebih sikit. Malam nak masak ayam masak merah pula.
 

No comments:

Post a Comment