Baru lah sempat update blog hari ni. Semalam agak tense sedikit bila Cik Baya beritahu result anak beranak. Semua +ve covid. Allahu. Cari lagi sapa contact rapat. Cik Biela, Cik Fatin, nenek, Cik Piqah dan Cik Awie. Kecuali nenek dan Cik Fatin yang lain semua demam. Family Cik Cha plak contact rapat sebab anak-anak main dengan anak-anak Cik Baya. Tetiba Cik Nora bagitau hari sebelumnya ada pergi rumah nenek. Dah satu family lagi. So total 4 family kena kuarantin kendiri. Start hari ni di rumah, masing-masing kena pakai mask sebab tidak tahu siapa yang +ve.
Pagi ni nenek dan yang lain pergi buat swab test di drive thru Klinik Safa Medic. Anak-anak Cik Baya kan duduk rumah nenek since pengasuh tak dapat jaga untuk beberapa bulan. manakala Irdina diasuh nenek Yatie.. dah family nenek Yatie pun buat test. Sedih sebab covid ni akan berkait-kait. Yang mana kita boleh trace minta mereka buat test dulu.
Lucu pula bila Cik Fatin hantar gambar ini. Dalam family rasanya Cik Fatin lah yang paling banyak sekali buat swab test bila ofis minta berbuat demikian. Boleh rompong hidung dibuatnya. Apa pun ia adalah untuk kebaikan semua
Walau Cik Baya dan Cik Man dah complete 2 dose dan memakai PPE ketika bertugas, virus jahat ini masih mengganggu dan mengancam. Ya Allah, Kau angkatlah virus ini dari muka bumiMu. Cik Baya sudah hilang deria rasa, demam dan sakit kepala. Anak-anak demam on and off. Semoga cepat sembuh dan hanya kuarantin di rumah. Jika kuarantin di pusat kuarantin kasihan pada anak-anak kecil.
Jadi kami adik-beradik semua sepakat untuk menghantar makanan kepada 4 family yang kena kuarantin. Ada makanan kering yang dibeli seperti roti, jem, biskut, mi segera dan Milo. Begitu juga frozen food sepert pulut panggang, samosa dan cucur badak. Manakala makanan tengahari dan malam order katering sahaja dan akan dihantar 2 kali sehari. Memandangkan katering tidak dapat hantar ke setiap rumah maka hantar ke rumah kami dan kami akan distribute ke rumah yang lain. Sarapan masing-masing akan sediakan sendiri. Jam 12 tengahari dan 6 petang makanan akan dihantar kepada mereka.
Ini sahaja lah yang dapat kami bantu setakat ini. Nak masakkan sendiri untuk 20 pax semua memanglah tidak sempat sebab masing-masing pun bekerja. Jadi bila ada orang masakkan dah kuranglah masa di dapur. Buat masa ini sebab ada yang demam kita hantar cook food, bila masing-masing dah sihat bolehlah hantar bahan basah untuk dimasak sendiri. Tak adalah bosan tanpa buat apa-apa kerja di rumah.
Ini cookies khas dari kakak Widad. Bangun pagi sudah siap. Mungkin tengah malam buat sebab Kawi macam burung hantu hahaha..Terima kasih pada adik-beradik yang memberi sumbangan kewangan. Selebihnya kami gunakan duit yang dikumpul setiap bulan. Alhamdulillah dengan duit yang dikumpul sejak beberapa tahun lepas kami dapat baiki rumah nenek, family trip dan ad-hoc expenses. Alhamdulillah duit ini diurus dengan baik. Buka akaun bank bersama dan segala perbelanjaan dicatat dengan teliti. Jadi semua adik beradik dapat lihat ke mana wang ini dibelanjakan.
Lepas isyak tadi dapat bersama-sama baca Yaasin untuk kesejahteraan dan kesembuhan untuk semua.
No comments:
Post a Comment