Lepas lunch tu, kami dibawa pula ke Desa Pariangan yang terletak di Tanah Datar dan di lereng Gunung Marapi. Memasuki ke kawasan Desa Pariangan ni banyak rumah-rumah tradisional dan surau-surau.
Desa Pariangan ni pernah dinobatkan antara salah satu desa terindah di dunia. Penduduk di sini kehidupannya cukup sederhana namun mewah dengan hasil tempatan. Untuk memasak, mereka hanya perlu membeli minyak masak sahaja ataupun gas lah kalau masak dengan gas. Mereka ada padi sendiri, ternakan ikan, ternakan ayam, pisang, sayur-sayuran dan sebagainya. Kiranya tanah mereka sangat subur.
Air pula didapati secara percuma dari gunung/sungai. Mandi sahaja di surau-surau.
Kalau tengok tepi-tepi rumah mereka ada aliran air yang sangat jernih masuk ke dalam longkang.
ahhhhh..... seronoknya mereka!
Nyamankan suasananya.
Ehhh... setiap kali menulis atau menyebut keadaan di sana pasti perkataan "nyaman" yang diungkapkan. Ia tak sejuk macam Cameron Highland waktu malam tapi nice weather lah.. berangin dan sejuk yang sederhana.
Nampak penduduk tempatan bertani. Nenek-nenek masih kuat untuk membanting padi. Tak capture pula gambar, masa tu ia berada di sebelah kiri sawah.
Gambar-gambar di bawah dah tak ikut aturan. Tuliskan je lah captionnya. Tak larat nak arrange sebab berpinar biji mata.
Tempat yang kami singgah ni ada sebuah gerai makan dan few benches. Bolehlah duduk-duduk sambil menikmati suasana di situ. Sesiapa yang suka scenery begini pasti boleh layan.
Nenek jadi model jap.
Sambil duduk-duduk orderlah sedikit kudapan. Order yang senang-senang. Pisang cheese tu sedap makan di kala sejuk-sejuk.
Jus Alpokat.
Cik Baya tu dah kenapa 😲
Udah ler tu... bagi kami makan pisang goyenggggg tu!
Bak kata Jimi, bahan bukti dah sampai nak bagi kat GTT 😂
Nak manja-manja dengan mader. Malas mader nak layan hahahha
Masa nak masuk van tu baru perasan ada seorang pakcik ni berjualan Sate Padang dan Katupek. Kalau ikut plan Jimi nak bawa kami makan Sate Padang pada hari ketiga bila sampai di Padang nanti. Takpe lah kita makan yang ini dulu.
Bolehlah nenek makan sebab tiada kacang. Secucuk Rp2,000 dan katupek (ketupat bungkus daun kelapa hijau) berharga Rp5,000 sebiji.
Makan Sate Padang di Bukittinggi.
Sebelum masuk dalam van, bergambar dulu berlatar belakangkan Gunung Marapi. Tapi sayangnya sepanjang kami berada di Bukittinggi, Gunung Marapi ni malu-malu sahaja di balik awan.
Ok last picture!
Sejuk mata memandang!
ReplyDeleteLama-lama di sini pun tak apa.
Betul.. lama² kat sini hirup udara segar. Ada pulak pakcik ni tiup seruling.
DeleteSy suka tempat² gini... Rasa tenang je tgk kehidupan penduduk sini...
ReplyDeleteEven kanak² pun relax je main² tepi sawah. jauh dari hiruk pikuk kenderaan. ahhh.. bestnya kehidupan mereka.
Deletejalan-jalan dan makan-makan di sana kan :)
ReplyDeleteJJCM Kak Ana😁
DeleteCantik pemandangannya
ReplyDeleteKena tengok sendiri baru puas Linda. Tak tergambar dengan kata².
DeleteSaya membayangkan tinggal di sana, tapi dengan standard gaji jakarta, pasti lah setahun saja dah penuh tabungan, tak payah beli macam2 🤣. Buat betah juga dengan view dia yg cantik. Saya blm pernah kesini malah. 😍
ReplyDeleteekekeke.. mana aci gaji jakarta tapi kerja di sini😅
Delete