Kak, nanti penginapan akak kat asrama ya.
Taknak lah.. dulu sekolah duduk asrama, masuk universiti pun duduk asrama, takkan travel pun duduk asrama juga 😁
Sampai lah kami di UNP Hotel & Convention Centre, Padang. Hotel ni dimiliki oleh Universitas Negeri Padang (UNP) dan terletak bersebelahan sahaja dengan UNP.
Mungkin ini lah yang diberitahu oleh Jimi, hotel under universiti. Bukanlah asrama penginapan 😅
Hotel UNP ni ada 4 tingkat sahaja dan kami stay di tingkat 2.
Tengok dari luar pun nampak luas.
Bilik pun luas. Lantai kayu.. sedapnya pijak.
Kiri kanan katil pun lapang.Bilik deluxe EDC UUM pun kalah 😎
Sejadah dan Al-Quran yang disediakan.
Yang seronoknya masjid dekat sangat. Subuh terus dengar azan seperti di tepi telinga.
Masa kami sampai hotel jam 5 pm, jadi Jimi akan ambil kami jam 7 pm. Cukuplah 2 jam untuk beristirehat. Kan patutnya pergi pantai, disebabkan tidak ke sana itu yang kami berehat dalam bilik sebelum dinner. Dapatlah meluruskan kaki dan bersihkan diri.
Masuk waktu Maghrib dalam jam 6.30 pm.
Lamanya universiti ini, konvo kali ke 136 tu.
Sekadar mengambil gambar. Kemudian mereka ke cafe hotel untuk minum-minum.
Nak menari ke tu!
Sekadar mengambil gambar. Kemudian mereka ke cafe hotel untuk minum-minum.
Nak menari ke tu!
Setiap Langkah Adalah Pertaruhan
Motto kami di Padang/Bukittinggi
Setiap Langkah Adalah Duit
Selangkah kau keluar dari van bermakna keluarlah duit kau 😂😂
Saya baru tahu UNP ada hotel juga. Beberapa teman saya kuliah di sana juga. Bagus lokasi dia dekat markas militer, aman jadinya 🤭🤭.
ReplyDeleteHahahah betuuul lah kak, kalo sedang traveling, tiap langkah itu kluar duit pastinya 😄
ekeke.. mesti student biasa tengok military berkawat. Komando lagi tu😀
Deleteitu yg bahayanya kalau x kuat semangat kan kak..langkah je keluar duit...
ReplyDelete