Turun sikit dari Puncak Lawang tempat kita tengok Danau Maninjau tu, kita ke Perusahaan Pembuatan Tebu yang dulunya dibuat secara tradisional di Jl. Puncak Lawang, Lawang, Kec. Matur, Kabupaten Agam, Sumatera Barat 26471, Indonesia. Sekarang tak adalah mereka buat secara tradisional kerana mesin moden sudah digunakan. Penduduk di sekitar kawasan ini kerjanya menanam tebu untuk dijadikan pendapatan keluarga.
Sepatutnya kita nak dengar penerangan di sini tapi kena tunggu sekejap. Jadi masing-masing ke toilet dahulu. Masa kat toilet ni hujan terlalu lebat dan lama. Mujur ada bahagian luar tandas yang agak luas untuk kami berteduh.
Kerbau yang digunakan untuk memusingkan mesin lama untuk memerah batang tebu. Kerbau ni sekarang hanya untuk pertunjukan sahaja. Di bahagian tengah bawah tu ada saluran untuk mengalirkan air tebu yang sudah diperah untuk proses seterusnya bagi menghasilkan gula tebu.Maksud murni di sini adalah asli tanpa gula.
Contoh ayat... bagi teh-o murni satu 😅
Kat sini juga kami beli gula tebu dan gula kelapa hasil pembuatan penduduk tempatan. Juga kacang goreng.
Kacang goreng yang ada kulit kat sini rangup dia lain macam. Lain dari kacang Shandong dan Ngan Yin yang biasa kita makan tu.
SA pun x pernah tengok proses perah tebu secara traditional ni...menarik..
ReplyDeleteSekarang diorang pun dah tak guna cara tradisional ni. Pakai mesin dah.
Delete