Alhamdulillah ibu, nenek, nenekna, Cik Ami, Cik Baya dan Cik Fatin sudah kembali dari bercuti-cuti di Padang/Bukittinggi, Indonesia. Padang/Bukittinggi ni terletak di Sumatera Barat.
Percutian 4 hari 3 malam dari 27/9/2024 sehingga 30/9/2024
Plan dari bulan Febuari 2024 bila dapat jadual Pulang Bermalam dan Outing Wafi. Jadi tak ada lah clash dengan aktivitinya. Lagipun ibu kena plan juga dengan jadual kerja.
Penerbangan pada jam 11.00 pagi jadi kami berempat bertolak dari rumah jam 5.30 pagi menaiki grab Cik Awie. Sejam sampai dan solat Subuh di KLIA2 dulu.
Cik Fatin dari Johor Baharu malam sebelumnya menaiki flight dan stay di hotel berdekatan, manakala Cik Ami dari rumah di Kajang. Singgah solat Subuh di bilik Cik Fatin dan terus ke KLIA2.
Berkumpul dulu sebelum check-in luggage.
Kat sini ibu jumpa unimate, Watie dari Melaka. Beliau bawa anak ke Terengganu sebab ada Swimming Competition.
Kalau dah jodoh, di sini pun boleh jumpa kawan-kawan yang lama tak jumpa. Rasanya 10 tahun lepas last sekali ketemu.
Queue.
Inilah gunanya ada Cik Fatin, dialah yang tolong print boarding pass dan luggage tag. Kakak-kakaknya agak terkial-kial ๐. Itu yang ibu sanggup bawa masuk luggage ke kabin dari check-in masa travel berdua dengan Wafi ke Hatyai.
Jumpa geng-geng pesara ATM yang sangat friendly, bagi tips and tricks. Geng-geng yang setiap bulan travel bersama. Pernah ke Padang/Bukittinggi 4 kali... seronok katanya. wowwwww.. sampai 4 kali!
Sekali... ayah Kak Lina Pompom rupanya... mahu dikenali sebagai Bro. Ben.
Seronok jumpa orang baik-baik ๐
Selesai check-in luggage barulah breakfast di Snek & Co sambil chit-chat.
Alhamdulillah dapatlah bawa nenek travel lagi tahun ini.
Cik Baya terpisah seat.
Penerbangan memakan masa 1 jam sahaja dan kami tiba di Minangkabau International Airport jam 12 tengahari waktu tempatan.
Disebabkan seat kami di bahagian belakang, jadi kami turun sahaja dari pintu belakang menggunakan tangga.
Cepat-cepat ambil gambar sebelum diarahkan masuk ๐
Cepat sikit sampai ke gate untuk ke Imigresen dan Kastam.
Dijemput oleh supir yang telah disediakan oleh agensi Gerbang Travel & Tours.
Berkenal-kenalan dahulu dengan supir dan tour guide, Jimi sambil beliau mengagih-agihkan kudapan aka welcoming snack & drink.
Kudapan berupa kuih tempatan.
Aduhh.... intro pun dah panjang.
Harap rajin lah menulis untuk entry-entry seterusnya.
Kena tulis cepat-cepat sebelum lemau.
Nota : Agensi siap-siap bagi info dibawah.
1. INFO TAMBAHAN
Wajib buat akuan kesihatan untuk masuk ke Indonesia.
Boleh scan QR dan ikut arahan seterusnya๐
https://sshp.kemkes.go.id/
Yang ini setiap penumpang kena isi.
Nanti save je dalam handphone kalau diminta oleh pegawai di airport.
Masa kami sampai mereka tak minta, mungkin random sahaja. Tapi wajib isi.
Kalau tak silap masa isi form ni, baru dilaksanakan 1 August 2024. Mungkin disebabkan virus Mpox yang sedang tular sekarang ini.
2. DECLARATION CUSTOMS
https://ecd.beacukai.go.id/
1 family boleh isi sekali.
Lepas isi jangan lupa printscreen & simpan barcode tu untuk discan disana.
Boleh buat anytime sebelum sampai indonesia ya..
Ibu isi 1 je GF tu untuk 6 orang.
Masa sampai kat kastam tunjukkan je QR code tu nanti pegawai akan scan dan kira jumlah luggage yang kita isi. QR code tu ibu print siap-siap. Kalau save dalam handphone je pun boleh.
good tips Ibu, nanti sambung lagi ye kisah di Padang.. :)
ReplyDeleteNak sambung cepat² ni Kak Ana sementara masih ingat.
DeleteBagus ada cik fatin tu.. dlm trip kena ada sorang yg buatkan kerja kerja documentation tu hahaha..
ReplyDeleteItu lah tujuannnya ngajak dia hehe..
DeleteBelum pernah sampai lagi ke Minangkabau ini.. Miga satu hari nanti berpeluang ke sana :D
ReplyDeleteKalau TT pergi so easy lah ๐
DeleteAnytime tu boleh sampai.
Wah... Mbak berkunjung ke Padang... Keren Mbak.
ReplyDeleteSaya belum pernah ke Padang, baru sempat ke Palembang ketika keponakan menikah.
Salam,
Tak jauh dah tu Pak Asa.
DeleteLepas ni bolehlah sampai.
Bestnya jalan- jalan dengan family...ini yang SA nak buat tapi tak pernah terjadi...
ReplyDeleteAlhamdulillah ada kesempatan jalan² dgn mereka.
DeleteNanti Pak Zain betul² sihat bawak jalan² ye SA.
Aiiiish saya tak sabaaaaar baca liburan kakak ke Padang ๐๐๐. Saya 2x kesana, dan tak pernah bosan. Krn kuliner di sana memang sedap, juga wisata alamnya. Rindu jadinya ke Padang dan Bukittinggi
ReplyDeleteMakanannya memang menepati citarasa kami. Mak pun cakap makan sedap kat sana.
DeleteHujung bln 11 nanti akan travel ke Padang utk kali ke2
ReplyDeleteHi..sis boleh share nama travel agent ke?
ReplyDelete