Pages

Saturday, October 5, 2024

Padang/Bukittinggi, Sumatera, Indonesia 2024 : Day 2 - Shopping Rendang Jengkol Di Rendang Uni Adek

Masa dalam kereta tu kita adalah cakap² yang masakan jengkol/jering kat sini sedap². Jimi ada bertanya nak beli ke sebab ada satu kedai yang jual rendang jengkol. ehhhhh... apesal tak nak.. harus lah ditengok dulu.

Kebetulan kedai tu pun tak jauh dari kedai Bika Talago.

Kedai Rendang Uni Adek ni ada 2 bahagian, sebelah kiri tempat jualan dan sebelah kanan dapur mereka. Staff situ pelawa masuk tengok dapur dan kebetulan sedang masak rendang jengkol.

Mula² ibu, Cik Fatin dan Cik Ami je turun.. kunun² nak check it out.. bila tengok kat dapur ada rendang.. excited lah bagitau yang lain. Kemain semangat diorang nak tengok juga. 
... dan..... terpedaya lagi dompetnya 🤣

Masuk² dah terbau rendangnya... ahhh... boleh meroyan kalau tak dapat rasa 😅

2 kuali ni je yang ada rendang sedang dimasak. Kuali yang lain sudah kosong.

Rendang ni perlukan 12 jam untuk betul² masak.

Cik Fatin tanya boleh ke nak kacau² buat² aksi.

Pantang dipelawa.

Close up sikit.
Kami tanya boleh ke nak beli yang ini. Staff beritahu belum masak lagi sebab baru masukkan jemgkol yang sudah direbus.

Alhamdulillah.. mereka bagi rasa beberapa ketul.. arghhhhh... sedappppppp
Nasib tak mengandung... kalau tak ngences nengok ni.

Ini pula rendang kerang.

Masuk kedai sebelah, boleh test rendang² yang lain.

Air lemon kosong juga disediakan.

Tester rendang paru, rendang kerang, rendang daging biasa dan rendang daging spicy.

makkkkkk... semuanya secukup rasa.

Selain rendang ada juga kudapan lain yang dijual di sini.

Faham² je lah bila dah ambil bakul 😁

Ibu ambil 2 kotak rendang jengkol, 1 kotak rendang paru dan 1 kotak rendang daging biasa.

Rendang daging sur adalah serunding.

Macam² lah lagi jenis rendang yang ada.

Ambil gambar je tapi tak beli.

Keluar dari kedai ni rasa puas hati walaupun tidak ada dalam plan pun nak beli rendang😅

4 comments:

  1. Jengkol pun boleh buat rendang.. Hebat tul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila direbus dan di rendang ni takde lah bau jengkol yang kuat.

      Delete
  2. Rasa x rendang kerang tu? SA plak tengah craving rendang kerang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak rasa yang kat tester. Mostly rasa rendang tu sama je cuma isi je beza.

      Delete