Pages

Friday, October 4, 2024

Padang/Bukittinggi, Sumatera, Indonesia 2024 : Day 2 - Menikmati Teh Daun Kopi Di Kiniko Coffee

Destinasi seterusnya ada lah ke kilang pembuatan kopi iaitu Kiniko Coffee yang terletak di Jl. Raya Batusangkar, Tabek Patah, Kec. Salimpaung, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat 27262, Indonesia

Seperti biasalah, ambil gambar dulu sebagai kenangan sebelum ramai pengunjung yang lain sampai.

Kasi chance lah banner GTT di sini.

Yang kami perasan, pengunjung yang kami jumpa adalah dari flight yang sama bila kami sempat berbual dengan mereka.
Jadinya, di beberapa spot akan berjumpalah mereka semula.

Jimi menunjukkan cara-cara teh daun kopi dibuat. Teh daun kopi dipanggil juga sebagai Teh Daun Kawa.
Daun kopi yang disangai kering akan dimasukkan dalam belanga dan ditambah air kemudian dimasak sehingga mendidih.

Ada penapis disediakan.

Buluh dan tempurung yang dijadikan pelapik dan cawan.

Ada juga pilihan kopi untuk dinikmati.
Sudah tersedia gula di situ.

Kami semua memilih untuk merasa Teh Daun Kawa sahaja tanpa gula.

Bila tengok gambar ni baru perasan ada pisang salai, tak makan pula.

Sebabnya ibu order pisang goreng manis ni.. sedapnya.. makan panas-panas bersama teh kosong.


View yang ohsem di belakang sana!

Dah minum-minum tu kami ke sebelah kedai iaitu kilang pembuatan kopi.
Disebabkan bahagian production tu tertutup jadi kami hanya ambil gambar di bahagian pembungkusan.

Kopi yang sudah siap dibungkus.

Nenek tu dok belek-belek apa 😅

Aihh.. malu-malu pula adik ni bila kita tanya-tanya.

Serbuk kopi yang sedia untuk dibungkus.
Sedapnya masuk bahagian kilang ni.
Wangi betul dengan bau kopi.

Ingatkan boleh beli kopi di sini, rupanya kena pergi ke bahagian jualan di sebelah.
Sama tempat kami minum teh daun kawa tadi.

Kami beli serbuk kopi dalam bungkusan kecil jadi bolehlah share dengan adik beradik yang lain. Kalau beli pack besar takut keras je kopi tu nanti.
Tapi tak adalah beli Teh Daun Kawa pula.

Beli juga kulit kayu manis. Baunya agak kuat.
Katanya inilah kulit kayu manis yang original.
Biasalah.. sorang beli.. yang lain pun tergoda.

Kat kedai ni kami try bayar menggunakan Touch & Go e-wallet.
Bagus gak sebab dah nampak conversion dari Rp ke Myr.


Dalam perjalanan ke tempat seterusnya, nampak penjual matoa kat tepi jalan. Minta Cik Fatin beli.
Murah sangat, 1 kg baru Rp20,000. Cik Fatin beli 2 pack.
Isi besar-besar dan manis.

Rugi beli sikit sebab ingat balik nanti boleh beli lagi. Rupanya tempat lain tak jumpa pula.

8 comments:

  1. gambar bawah sekali tu terlupa nak cerita ke mcm mana??kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... betullah.. tak habis update rupanya 😂

      Delete
  2. Saya tahu kopi ini, tp belum pernah coba. Memang penasaran 😍😍😍. Teh daun Kawa itu pun menarik dicoba. Walaupun saya LBH suka kopi lagi.

    Terbayang harumnya bisa masuk ke ruangan penggilingan kopi itu kak. Pastilah harum semerbak dengan kopi 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli pack kecik ni pun belum sempat dibuat kat rumah.
      Sedaplah bau kopi!

      Delete
  3. Waaah matoa nya muraaaah bangettttt 😍😍😍😍😍😍. Tak dpt harga segitu di jakarta 😭🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Malaysia lagilah saya belum jumpa orang jual. Pernah makan.sebab ada orang beri.

      Delete
  4. Murahnya buah matoa tu..susah nak jumpa kat kat sini...tu la..knp beli 2 bungkus je...kan dah takde kat tempat lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. rugi beli sikit. Ingatkan kalau jumpa lagi kat depan boleh beli, rupanya tak.ada huhu

      Delete