Pages

Tuesday, October 15, 2024

Pemergian 2 Orang Ahli Keluarga

Pagi ni bangun tidur ibu check whatsapp grup. 

Assalamualaikum. Dukacita nak maklumkan abah ina (cik mat) dah meninggal di sg besi pagi ni. Innalillahi wa inna ilaihirojiuun.

Abang nenek, Hj Mohamad Asri Bin Hj Suandi (ibu panggil Wak Asri) meninggal jam 2 pagi tadi.

Lepas solat subuh ibu ambil nenek dan drive ke Sec 6, Shah Alam. Tumpang Cik Elis ke Kg Malaysia Tambahan, Sungai Besi. Baru keluar Shah Alam hujan selebat² nya sepanjang jalan. Slowlah trafik tu. Sampai Sg Besi jam 9 pagi. 

Jenazah nak dibawa ke masjid berdekatan jam 10 pagi. Jam 9.45 pagi camtu, sepupu ibu Faizah beritahu abangnya (Hj Jamaluddin Bin Hj Ardani) yang merupakan sepupu sulung ibu, accident dan meninggal dunia di tempat kejadian. Arwah dalam perjalanan untuk ziarah arwah Atuk Asri. Lagi 3.5 km je pun nak sampai. 

Allahu... tergaman semuanya.

Selesai urusan di Sungai Besi, kami solat dan lunch dulu di Wangsa Maju. Kemudian terus ke TTDI Shah Alam. Tunggu urusan jenazah sepupu ibu di HUKM Cheras sebelum di bawa ke masjid TTDI . Kebumi di Sec 21 Shah Alam selepas solat Asar.

Assalamualaikum. 
Dukacita dimaklumkan bahawa Jamaludin Hj Ardani (Abg Din) telah kembali kerahmatullah pada pagi tadi.

Al-Fatihah buat Allahyarham.

‎إنا لله وإنا إليه راجعون

“Ya Allah, ampunilah, kasihanilah, dan maafkanlah kesalahan mereka, muliakan kedudukan mereka dan lapangkan kubur mereka"

Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin.

14 comments:

  1. Innalillahiwainnailaihirojiun
    Salam takziah kpd puan dan seluruh keluarga ..
    Ketentuan Ilahi serentak dua ahli keluarga pulang ke pangkuanNya 😔

    ReplyDelete
  2. Innalillahiwainnailaihirojiun..salam takziah kak...semoga roh keduanya tenang di sana dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman..amin..

    ReplyDelete
  3. Innalillahiwainnailaihirojiun... Salam takziah buat Akk dan seluruh keluarga. Tak tergambar sedih dan dukacita tu :(
    Didoakan agar arwah keduanya ditempatkan di kalangan para solihin 🤲

    ReplyDelete
  4. Innalillahiwainnailaihirojiun...Allahuakbar kami yang baca ni pun tergamam dua orang dalam masa 1hari
    salam takziah kak,moga semuanya dicucuri rahmat Allah

    ReplyDelete
  5. Takziah ya. Moga ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

    ReplyDelete
  6. Innalilahi wainnailaihi rojiun. Sekarang ini kalau dengar berita dukacita, langsung sedih , Krn teringat hal begini suka datang tiba2 😔. Apalagi yg kepergiannya mendadak, macam tak percaya , tapi itulah ajal kan 😔. Semoga almarhum diberikan tempat terbaik, diterangi selalu kuburnya 🙏

    ReplyDelete
  7. salam takziah akak...
    semoga kedua dua arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman..aamin...

    ReplyDelete