Pages

Sunday, October 27, 2024

Kumpul Adik Beradik

Impromptu plan untuk berkumpul dengan adik beradik malam tadi. Solat Maghrib jemaah dulu itupun lewat sikit dalam 7.20 pm. Menunggu Cik Elis dari Shah Alam. 

Biasanya kalau nak balik rumah nenek sebelah malam, masing² akan potluck sahaja. Senang.. boleh terus makan.

Ibu bawa kerang rebus, ayam masak lemak cili api + pucuk paku dan tembikai.
Masa nak masak ayam tu Kawi cakap tak pelik ke bubuh pucuk paku. Biasa nampak bubuh kentang. Ehhh.. kita yang buat dia. Ada je orang bubuh pucuk ubi dan segala jenis sayur yang sesuai. One pot meal. Senang.

Cik Wada bawa mushroom soup, garlic bread dan salad telur.

Cik Elis - makaroni goreng
Cik Baya - creampuff
Nenek - lepat ubi marvelous

Nenek - daun betik rebus
Cik Biela - ubi pikul rebus, sambal ikan masin talang dan bubur pulut hitam (lupa nak snap😅)

Cik Cha bawa spegheti meatball cheese version pedas.

Air kesedapan wajib nenek yang buat. Cik Wada bawak aiskrim Malaysia pujaan anak². Nasi putih tu terselit kat sini plak.. Aqil masak.

Sorang bawak sikit, penuh juga 1 meja.
 
Sebelum makan uji minda dulu. Teka nama nabi. 


Seronok tengok semua berselera makan.

Malam tadi yang takde family ummi, Cik Ujang, Cik Nora, Cik Ami dan Cik Fatin.

Lepas makan sambil makan kacang baru lah sembang pasal family day yang agak huru hara tahun ini. Kali ni memang betul² short trip tidak seperti tahun² sebelum ni.

Insyaallah kita kasi jadi!


No comments:

Post a Comment