Ibu tak perasan pula nama rumah makan yang kami singgah tu sebab ia betul-betul terletak di tepi jalan besar.
Rumah makan ni nyaman sangat sehingga tidak memerlukan kipas pun.
Masakan Padang yang lebih bersifat masakan kampung.
Cuma kali ni tak ada pucuk ubi tapi ada sayur taugeh.
Kami minta lagi 2 pinggan rendang/gulai jengkol ni. Serious jengkol ni takde bau pun sebab sudah direbus dulu.
Tenang sangat.
Biji kopi kasar akan dimasak dalam periuk dahulu bukannya bubuh air panas sahaja. Kena guna biji kopi kasar baru menjadi kalau guna serbuk kopi tak bolehlah ditelangkupkan sebab ia akan tertumpah.
Menarik merasai pengalamaan sebegini.
Biji kopi kisar tu ada yang dijual tapi takde lah kami nak beli. Tak adalah rajin nak meniup-niup jika berada di rumah 😅. Benda boleh teguk kan!
Kena tengok sendiri suasana di tempat ni barulah rasa kepuasannya.
Dalam perjalanan balik menghala ke Padang tu hujan turun dengan lebat di beberapa tempat.
Sebelum tu Jimi juga belikan kami pisang coklat. Takde gambar pula tapi pisang dibungkus dalam kulit popiah, dibubuh coklat lalu digoreng. Sedap.
Kami bersolat jamak sebelum sampai di Padang dalam keadaan hujan yang sangat lebat. Kalau ikut itinerary, sesampainya di Padang akan ke tepi pantai Lautan Hindi sambil melihat panorama petang. Bolehlah makan goreng-gorengan, seafood dan Sate Padang. Disebab hujan renyai-renyai tak dapatlah kami berhenti di situ. Mujur sudah rasa Sate Padang masa di Desa Pariangan.
Jimi hantar kami ke hotel terus.
Memang sedap gulai jengkol Padang. Empuk dan tak berbau. Terasa kenyalnya. Memang sedap telur masin rebus yang dimakan begitu saja. Tak terasa masinnya kan.
ReplyDeleteKena cari kedai nasi Padang kat sini yang style bubuh lauk dalam piring gitu.
DeleteTelur masin rebus pun dibeli kan... demi nak merasa keunikan makanan di sana.
Hahahahah saya pun tak akan beli biji kopi ya kalo kesana kak. Mencoba kopinya pasti, tapi tak nak beli biji. Krn terkadang kalo tak pandai meracik nya, rasa tak akan sama sedap 🤣.
ReplyDeleteYa Allah view diaaa 😍😍😍. Memang lah saya harus ke Padang lagi. Makan sederhana tp kalo view macam tuh, pasti naik appetite.
Nak rasa pengalaman minum kopi telangkup je kan Fanny.
DeleteMakanan biasa jadi sedap bila makan ramai² dan suasana nya nyaman.
Menarik plak gulai jengkol tu..kena cuba ni..kalau x asyik nak skeptikal je kan..
ReplyDeleteTrylah SA. Takde bau pun sebab dah direbus sebab biasa diorang guna jering tua.
Delete