Pages

Saturday, October 5, 2024

Padang/Bukittinggi, Sumatera, Indonesia 2024 : Day 3 - Sarapan Pagi Dan Jalan-jalan Sekitar Mersi Hotel

Pagi ni hari terakhir kami stay di Hotel Mersi. Masa masuk tempat makan jam 7 pagi tak ada orang lain lagi dan staff sedang prep tapi boleh dah makan.

Masih terasa dingin.

Bergaya dengan beg yang dibeli di Istano Basa Pagaruyung. Kan dah kata... benda cantik.. sorang beli yang lain pun teringinπŸ˜…. Ibu takdelah beli sebab beg ibu pun design lebih kurang gitu tapi beli kat Shoppee je.

Ambil nasi goreng, clear bihun goreng dan ayam goreng.

Macam soto, ada katupek, telur rebus dan masak lemak pucuk paku. Sedap kuah lemak ni.

Sarapan yang disajikan pagi ni.






Bila tengok bubur ni terasa pula nak makan, haritu tak ambil sebab dah rasa kenyang pula.

Lepas sarapan tu ibu, nenek dan nenekna turun bawah dan jalan-jalan kat luar hotel. Yang lain masih menikmati sarapan pagi mereka.

Kat sini jumpa lah kerepek jengkol/jering yang belum digoreng.
Akhirnya jumpa juga! Ibu beli 250 gram sahaja manakala nenek dan nenekna beli 500 gram.

Nampak adik ni jual kuih, dah tanya ritu tapi sebab tak catat jadi lupalah pula.

Ibu beli satu, nak rasa. Kuih bulat tu dia bagi sebab tak ada duit kecil untuk bagi balance.

Yang kiri tu opak jering. Jering yang telah diolah kemudian dibubuh bumbu.

Selesai membeli, masuk bilik dan bawa beg keluar untuk check-out.

Hotel Mersi, Bukittinggi yang akan ditinggalkan.


Sementara tunggu Jimi sampai jam 9.00 pagi kita ambillah gambar di luar.

 
Macam biasa... bila nengok orang berjual-jualan, hati ni mulalah meronta-ronta. Masing-masing iman tak kuat 😁😁

Belek-belek jumpa lagi telekung sulam cantik, harga Rp100,000 (lepas tawar) kalau beli lebih dari satu. Ahhhh... masing-masing dah panas ni. Seorang ambil 3. Ibu yang nak beli dah tak dapat. Jadi ibu pergilah kat penjual yang lain sebelah hotel je. Lagi banyak kaler yang ada. 

Penjual yang mula-mula ni plak... dah kata boleh bagi Rp100,000 tapi bila nak bayar minta tambah jadi Rp105,000. Ehhh.. mana boleh camni. So diorang beli satu je kat situ dan datang kat ibu beli kat penjual yang sebelah hotel.

Bila masing-masing dah berpuas hati dengan belian, baru lah masuk dalam van. Sabar je Jimi menunggu kami. Bila pergi private trip ni tak adalah berkejar masa tapi Alhamdulillah semua tempat dalam itinerary dapat cover. Sudah pesan siap-siap kat travel agent dan supir yang trip kami ni santai-santai je.

Nak happy-happy bersama family.

4 comments:

  1. Replies
    1. Kerepek jering BK... saja malas nak translate. Kita follow Bahasa Indonesia πŸ˜…

      Delete
  2. Macam.mana lah agaknya rasa kerepek jengkol kan kak..sedangkan jering ke petai ke SA x makan..nanti akhir entry semua akak bg contact travel agent ni ye..haha..menarik la pakej dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kuat bila dah jadi kerepek.. kalau kuat baru puas πŸ˜…

      Delete