Pages

Wednesday, October 23, 2024

Kurma Segar Manis

Kurma ni mangement bagi setiap department hari Jumaat lepas. Masa dapat tu masih ada rasa kelatnya. Mula-mula tu officemate letak dalam fridge. Tak ada orang kan Sabtu Ahad. Siapa nak makan. Hari Isnin keluarkan semula dan letak di luar. Sambung makan.

The next day nya Selasa, bila makan kemain manis leting. Manisnya tu tak boleh makan banyak-banyak. Dia tak macam makan rambutan atau longan, bila makan sikit tak puas 😁
Mungkin sebab tekstur kurma ni agak padat, jadi memang cepat puas makan.

Dapat 5 pack, hari ni dah tinggal 2 pack.
Harap by Jumaat habislah semua.

Ahad lepas tengok kat Jaya Grocer satu pack ni dalam RM17.++
Mungkin sekarang ni sedang musim.
 

1 comment:

  1. Pernah rasa kurma belum berapa masak, kelat sikit. Makan yang masak, sedapnya ya ampun!

    ReplyDelete