Lokasi seterusnya kami ke Muzium Bustanil Arifin yang merupakan Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau (PDIKM).
Bergambar dahulu di depan muzium.
Masukkanlah semua gambar aksi. Sayang pula kalau lupakan begitu sahaja jika gambar hilang dari HP.
Dengarkan penerangan mengenai adat pepatih, masyarakat Minangkabau dan rumah gadang.
Sedap pula dengar penyampai ini berpantun. Merdu je suaranya.
Penerangan group by group.
Daun pintu dibina ke dalam, senang nak tutup jika ada musuh di luar.
Tak adalah kita nak keluarkan tangan tarik daun pintu.
Cantik ukiran pintu ni.
Kebiasannya bilik-bilik di rumah gadang di bina dalam jumlah yang ganjil. 1 bilik akan dijadikan dapur. Setiap bilik dihuni 1 keluarga sahaja terdiri dari ibu, bapa dan anak perempuan. Anak lelaki yang akil baligh akan tidur di surau untuk mendalami ilmu. Dapur satu sahaja tetapi ada tungku yang berbeza untuk setiap keluarga.
Jika tetamu datang bertandang, mereka akan duduk menghadap luar manakala tuan rumah duduk menghala ke bahagian dalam rumah. Tak adalah tetamu nampak bilik-bilik tu.
Habis penerangan dan meninjau-ninjau dalam rumah gadang ni, boleh lah turun ke tingkat bawah untuk menyewa baju adat.
Sewa sebanyak RP50,000.
Bolehlah pilih sendiri warna yang digemari.
Staff akan pakaikan baju dan sanggul lintan. Oh ya... baju adat tu sarungkan je. Jenuhlah kalau pakai baju yang tebal memang nampak bulat lah kita nanti tu 😂😂
Masa kami dalam bilik persalinan family kami je yang ada. Tak lama kemudian baru ada pengunjung lain. Lelaki yang nak memakai baju adat pun masuk dalam bilik yang sama. Tapi cepat je staff siapkan semua orang. Nampak mahir benar, ye lah.. dah tiap-tiap hari buat benda yang sama.
Tepek bedak sket, muka pun dah berminyak-minyak.
Ibu lupa yang 1st day tu program di PDIKM pakai baju adat, sepatutnya pakai tudung plain je.
Bolehlah posing di pelamin yang colourfull ni.Buatlah gaya yang disukai.
Staff menawarkan diri ambil gambar kami.
Kami pilihkan nenek warna Kuning Diraja.
Dah bersanding kat sini je, jangan dicari atuk lain pulak 😂
Kat depan rumah pula.
Jimi pun layankan lah mak dan kakak-kakak nya ni.
Kat kawasan tepi rumah pula.
Buat je lah aksi yang diorang suruh.
Sporting je nenek beraksi.
Sanggul tu takdelah berat sangat tapi bila dah buka lega kepala 😁
Pernah ke sini juga dan pakai pakaian tu. Sanggul lintang tu berat juga pakai kat kepala. Tapi...bila pakai cantik pula posing sekitar situ ya.
ReplyDeleteLama-lama terasa berat pula, itu yang bila dibuka lega rasanya.
DeleteSeronoknya...pandai la Jimi amik gambar...cantik2 semua
ReplyDeleteItu lah. Dah biasa lah tu ambil gambar tamu.
Delete