Dari Jam Gadang perjalanan di teruskan ke Koto Gadang.
Di Koto Gadang ni kebanyakan rumah bersaiz besar.
Tujuan ke Koto Gadang adalah untuk ke tempat pembuatan barangan perak. Banyak perusahaan perak di Koto Gadang. Silver Work Welisyar Mak Wan dipilih kerana dikatakan menghasilkan pembuatan perak yang berkualiti. Wallahua'lam.
Yang kaya di sana 😂
Pasti petani di sini memiliki tanah yang luas.
Di desa Koto Gadang penduduknya ada dari keturunan Belanda yang pernah menjajah negara ini.
Senibina masjidnya di bahagian kubah sama seperti topi Belanda.
Masjid Nurul Iman Koto Gadang merupakan masjid terbesar di Koto Gadang.
Di Bukittinggi masjid dan surau banyak didirikan dan kebanyakannya dibiayai oleh penduduk tempatan. Itu sebabnya di jalanan pun di bahagian depan masjid/surau akan ada yang meminta sumbangan.
Tujuan ke Koto Gadang adalah untuk ke tempat pembuatan barangan perak. Banyak perusahaan perak di Koto Gadang. Silver Work Welisyar Mak Wan dipilih kerana dikatakan menghasilkan pembuatan perak yang berkualiti. Wallahua'lam.
Mungkin juga kawasan parking yang luas salah satu kriteria utama untuk menjadikan tempat ini dipilih. Senang bas/van Pariwisata untuk meletakkan kenderaan.
Kami melihat-lihat cincin sahaja. Ada lagi perhiasan lain seperti rantai, gelang, brooch dan sebagainya.
Nenek dah berkenan cincin berbatu swarovski ni. Sekali pakai terus berkenan. Ibu hulurkan cincin berbatu warna, tak mau dah. Stick yang ini je. Terus tak mahu buka.
Yang kaya di sana 😂
Di sebelah kiri ibu tu adalah tempat mereka membuat pertukangan. Tak ada lah pula nak ambil gambar di kedai ini.
Macam-macamlah caption diorang ni hahaha
Oh ya.. menurut staff di situ, jika cincin tersebut agak longgar atau ketat, ia boleh di adjust dahulu di situ.
elehhh.. saja lah tu.. biasa cakap bergambar ikut usia 😁
Masa nak sampai sini pun macam tak percaya, apa yang ada di kawasan sawah begini?
Masa nak sampai sini pun macam tak percaya, apa yang ada di kawasan sawah begini?
Nahhh... jangan tak tau, walaupun di tengah sawah, banyak perusahaan penghasilan perak dilakukan di Koto Gadang ini.
Cantik cincin pilihan nenek 🤭
ReplyDeletehehehe.... dah yang tu berkenannya.
DeleteHahahahah nenek pun tak mau lepas lagi ya kak 😄😄👍. Baguus tapi pilihan nenek. Saya blm pernah beli perak , honestly memang tak suka pakai perhiasan kecuali cincin nikah 😄. JD kalo kesana, pastilah saya duduk menunggu yg lain juga 🤣
ReplyDeleteSenang.. tak perlu rambang mata. Sekali tengok berkenan ambil je.
DeleteKami pun pertama kali beli perak. Menurut penjual di situ, perak juga ada nilainya jika mahu digadai.
Amboi nenek...bukan main dia pilih cincin sekali dapat x nak tanggal dh ye...cantik x harganya tu kak..SA pun berkenan dengan pilihan nenek
ReplyDeleteCincin perak nenek tu dalam RM300. Sebab pertama kali beli perak dan tak pernah tau nilai perak, ok lah kot harganya 😅
Delete