Pages

Saturday, October 5, 2024

Padang/Bukittinggi, Sumatera, Indonesia 2024 : Day 4 - Jus Alpokat Yang Pasti Dirindui

Makanan terakhir kami di Tanah Minangkabau adalah di Rumah Makan Pasia Piaman. Pembukaan dan penutup di sini. 

Tapi kali ni makan tiada dalam pakej, kena lah bayar sendiri.

Lauk-pauk yang dihidangkan.
Kami tak ambil banyak tapi gulai ikan tu kami ambil satu. Sedap betul rasanya.
Juga sambal jengkol hari terakhir. Pasti dirindui.

Jus Alpokat dan Es Jeruk yang akan dikenang-kenang.

Kebiasaannya kami akan order jus 3-4 gelas sahaja dan akan dikongsi bersama.
Nak minum segelas seorang pasti tak habis. Sudah biasa di tempat sendiri jarang ambil air manis ketika makan.
Jus buah di sini mestilah kena order sebab rasanya yang original.

Harga lunch yang kami makan Rp380,000.

Biasa makan kan masuk pakej, tapi bila bayar sendiri terasa tak begitu murah pula 😂

Makanan dalam pakej apa yang telah dihidangkan. Kalau nak jus buah-buahan kena bayar sendiri,

Kali ni masing-masing dutch lah.
Duit ibu tinggalkan Rp20,000 je, nenek kata buat ibu duit 😜 

No comments:

Post a Comment