Pages

Saturday, October 5, 2024

Padang/Bukittinggi, Sumatera, Indonesia 2024 : Day 4 - Sambung Shopping Di Ummi Aufa Hakim di Padang

Check-out jam 9 pagi, kami diambil oleh Jimi. Beliau ni abang kepada Jimi. Adik beradik bekerja sama dalam industri pelancongan. Abang mereka Alki, pemilik travel agensi, kami ada jumpa sekejap di Hotel Mersi, Bukittinggi ketika menguruskan kemasukan kami.

Acara pertama pada hari terakhir adalah membeli belah dulu. Ada barang yang kami nak top-up. Menurut Mimi, Kedai Oleh-oleh Ummi Aufa Hakim ni sama seperti di Bukittinggi. Bila kami semak harga, sama sahaja.

Laju je nenek ambil bakul. Neneklah yang beritahu lupa nak belikan jajan Wada. Agaknya kira tak cukup kot.

Pilih sendiri.

Cik Ami dan Cik Baya nak tunjuk yang mereka berjaya tak ambil bakul.

Sekali... ada juga yang dikepit.

Kat sini ada jual kerepek kentang goreng. Mujur nampak. Cepat-cepat ibu ambil 3 original dan 1 berperisa. Yang lain apa lagi... ambillah beberapa bungkus juga katanya untuk anak-anak. Tibah 😂

Masing-masing masukkan dalam bakul nenek, termasuk ibu!

Nenek redho je lah.. kena scam dengan anak-anak... ayat kami lah tu tak habis-habis scam nenek.
Mentang-mentang nenek bawak 7 juta 😲
Nanti tak habis duit tu hehe..

Cik Baya tolong bayar, ambil sampul duit nenek.
Cik Fatin scam nenekna pulak. Minta belikan serbuk bawang putih. Katanya biar rajin masak.
eiii... sabar je lah... 

Minta staff bungkus juga dalam kotak.

Lepas tu masuk kedai sebelah, cari souvenir lain nak tambah bagi adik beradik.
Rasa macam tak meriah pulak buah tangannya.
Kat sini harga mahal berbanding di Bukittinggi. Langsung tak boleh tawar.
Kalau kat Bukittinggi tudung bawal sulam boleh dapat Rp100,000, 3 helai kat sini sehelai Rp50,000
Jauh sangat bezanya. Tapi terpaksalah tutup mata je sebab nak beli.

Kat sini baru nak beli brooch. Tambah key-chain lagi.

Ibu takde nak beli apa-apa.

Masa Cik Baya dan Cik Ami nak bayar pouch dari kain songket, ibu ternampak pulak beg duit ni. Teruslah kelam kabut pilih. 

Cik Baya belanja hehehe

No comments:

Post a Comment