Pages

Friday, October 18, 2024

Beza Ayam Geprek, Ayam Penyet & Ayam Gepuk

Kalau dulu kita biasa makan nasi ayam, nasi tomato, nasi minyak dan sebagainya. Namun, sekarang ni dah banyak peniaga tempatan jual ayam penyet, ayam geprek dan ayam gepuk. 

Kadang ibu pun keliru bila nak order set ayam tersebut. Awal-awal dulu masa keluar ayam penyet ibu ada lah pernah buat di rumah. Sambal tak pedas sebab ada tomato. Bila keluar pula ayam geprek dan ayam gepuk ibu dah keliru, apa bezanya. Cuma yang ibu perasan ayam gepuk ni sambal dia pedas berbanding ayam penyet.

Tadi member office open order untuk lunch hari ni. Ada lah tiga-tiga menu ayam tersebut. Ibu terajin lah sikit google info.

Ibu baca di sini.

Sama Tapi Tak Serupa, Ini Beza Ayam Geprek, Ayam Penyet & Ayam Gepuk

Pada suatu ketika dulu, rakyat Malaysia diperkenalkan dengan sajian Indonesia, ayam gepuk. Hidangan ringkas itu menyajikan ayam dan juga sambal.

Dengan hanya sekilas pandangan, hidangan itu terlihat biasa, namun apa yang membuatkan ia luar biasa ialah sambal, yang merupakan 'watak utama' dalam sajian itu.

Setelah mencuba buat kali pertama, pasti akan datang kembali untuk merasa kesedapan sambal tersebut.

Ia dihidangkan dengan ayam yang rangup dan sambal cili yang pedas hingga mampu memikat selera orang ramai.

Apa beza ayam geprek, ayam penyet & ayam gepuk?

Awalnya, ramai yang menganggap ayam geprek, ayam penyet dan ayam gepuk adalah sajian yang sama kerana cara penyediaannya seakan serupa.

Oleh sebab itu, ramai yang menganggap setiap hidangan ayam rangup yang mempunyai sambal itu adalah ayam gepuk, walaupun ia berbeza.

Walaupun sajian itu sudah lama terkenal, namun masih ada yang keliru dan tidak tahu bagaimana untuk membezakan hidangan itu.

Ketiga-tiga jenis makanan ini asalnya mempunyai persamaan iaitu ayam goreng yang ditumbuk dalam lesung dan disapu sambal.

Jadi sebenarnya, apa yang membuatkan hidangan itu berbeza antara satu sama lain? Mari ketahuinya di bawah ini.

Ayam Geprek

Kredit: Idn Times

Merujuk Idn Times, hidangan ini merupakan antara yang popular dalam ketiga-tiga sajian itu. Ayam geprek biasanya menggunakan ayam tanpa tulang.

Sebelum digoreng, ia disalut dengan tepung berperisa kemudian goreng seperti biasa.

Setelah siap dimasak, ayam itu perlu ditumbuk menggunakan lesung sehingga hancur bersama sambal.

Perkara ini dibuat supaya sewaktu makan, anda tidak perlu lagi memotong ayam dengan sudu atau mencubit isinya.

Itu merupakan kelebihan ayam geprek kerana cara makannya yang praktikal tanpa perlu membuang tulang semasa makan.

Biasanya ayam geprek dihidangkan bersama sambal bawang yang pedas dan sedap. Walau bagaimanapun, apabila ia menjadi semakin popular, terdapat banyak varian yang dikeluarkan.

Seperti ayam geprek yang dihidangkan dengan keju mozzarella cair atau ayam goreng bersama sos telur masin.

Ayam penyet

Kredit: Idn Times

Bagi ayam penyet pula, sebelum digoreng atau dipukul biasanya ayam akan dilumuri dengan rempah kuning sehingga ia meresap.

Rasa yang ada pada ayam penyet membuatkan ia lebih sedap daripada ayam geprek.

Sajian ini boleh dikatakan salah satu keistimewaan di Indonesia dan menggunakan belahan ayam seperti dada, paha dan juga bahagian lain.

Perbezaan lain ialah sambal dalam hidangan ini hanya disapukan di atas ayam, yang diperbuat daripada tomato atau pes cili.

Hasilnya, ayam terlihat sedikit leper, tetapi tidak dihancurkan.

Ayam gepuk


Kredit: Idn Times

Menurut Idn Times lagi, ayam gepuk ini boleh dikatakan gabungan antara ayam geprek dan ayam penyet.

Sebelum ayam geprek dimodenkan, ayam gepuk telah muncul terlebih dahulu pada tahun 2013.

Sebuah restoran bernama Ayam Gepuk Pak Gembus telah ditubuhkan di Jakarta dan ia merupakan sajian ayam gepuk pertama yang dirasai kebanyakan rakyat Malaysia.

Ayam gepuk ini juga menggunakan ayam yang digoreng garing. Sajian itu disajikan bersama sambal cili bawang putih yang sangat pedas berbanding dua sajian di atas.

Ayam gepuk ini tidak ditumbuk seperti ayam geprek tetapi hanya dipukul menggunakan lesung sama seperti ayam penyet.

Selepas sudah mengetahui perbezaan tiga hidangan itu, selepas ini bolehlah menikmatinya dengan berselera. Semoga bermanfaat.

Sumber: Idn Times


Ibu baru tau yang Ayam Gepuk Pak Gembus ni franchise dari Indonesia rupanya. Patutlah staff restoren yang biasa ibu pergi ni rata-rata dari Indonesia dan kebanyakannya lelaki muda.

Abang Imi suka sangat kobis goreng tu. Tapi memang sedap, ratah macam tu je pun boleh.

6 comments:

  1. linda tak suka kobis goreng...hahaha
    tak kisah lah, penyet ke, geprek ke..yang penting sambal mengancam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada gak sambal penyet macam sambal nasi lemak.
      ahhh... potong nafsu camni, geram je.

      Delete
  2. ingat kan selama ni semua tu sama jer .... :D

    ReplyDelete
  3. SA pun x tau la apa bezanya gepuk ke penyet ke geprek ke..janji sedap tang sambal..kobis goreng tu SA x berapa suka..

    ReplyDelete
  4. Bagi saya pun sama saja, Krn pengertian geprek, penyet dan gepuk itu sama, dipukul atau ditekan.

    Terkadang pun ayam geprek di sini tetap saja disajikan pakai tulang.

    Yg saya suka, kalo sambalnya sedap, ayamnya pasti sedap juga. Kalo sambalnya tak sedap, jangan harap semuanya sedap 🤣. Jadi sambal penentu utama

    ReplyDelete