Petang tadi Wafi call bagitau yang hari ni dan esok MC. Ceritanya semalam tak larat sampai tidur je kat dalam kelas. Siap pakai koyok lagi. Balik asrama ceri-beri dan muntah². Makan paracetamol yang ada. Pagi ni minta kebenaran dari penyelia untuk ke klinik. Van sekolah hantar. Doktor beri 2 hari MC.
Jadi hari ni dan esok kena duduk di sickbay. Ibu dah pesan kalau tak larat, minta kawan tapaukan makanan dari DM. Wafi kata takpe... pandai² lah kita.
Ibu pulak yang risau.. ayah kata dia dah besar huhu.....
Mungkin petang tadi semakin baik sebab dah boleh call ibu dan suara takde lah lemah sangat. Cepat sembuh ya Wafi.
Insyaallah Khamis ni balik naik ETS untuk Pulang Bermalam.
Ini pic screenshot Sabtu lepas, mak Wafa bagi pinjam HP. Dapatlah ibu tengok Wafi... makin gelap anak ibu😆
Sabtu tu Wafi ada game kriket lawan di sekolah sendiri.
Jumaat sebelumnya Wafi request pizza dan Tealive. Lapar katanya. Masa tu lebih kurang jam 3 pm. Ibu orderkan melalui FP je. Alang² tu orderlah lebih boleh makan dengan kawan². Tentu seronok makan ramai².
Get well soon Wafi...
ReplyDeleteAbang pun Jumaat lepas kena ceri-beri. Ahad tu balik juga asrama wpun masih sakit perut. Sampai hari ni x call², sihat dah agaknya 😅
hehe.. no news is a good news😅
DeleteAlhamdulillah... Semoga bertambah baik ya wafi
ReplyDeleteAlhamdulillah🥰
DeleteMoga cepat sembuhnya ya...tersalah makan agaknya tu.....
ReplyDeleteTak tau ngapa.. kawan² takdelah yg sakit plak.
DeleteAlahai...kesiannya dia...
ReplyDeleteDia tak minta makngahnya ambil pulak kali ni. Mungkin boleh tahan lagi rasanya tu.
Deletesekolah Kyra di Segamat baru reda dari viral fever. hampir berpuluh pelajar yang kena one after another.
ReplyDeleteKalau viral fever kita pun risau, mereka dah lah ramai.
Delete