Pages

Friday, October 4, 2024

Padang/Bukittinggi, Sumatera, Indonesia 2024 : Day 2 - Shopping Pakaian Di Istano Minang Aia Angek Dan Barangan Kulit Di Minang Kayo

Dari Tanah Datar kami kembali semula ke Bukittinggi. Perjalanan di antara satu tempat ke tempat lain agak jauh jadi seperti biasa Jimi pass mikrofon untuk kami berkaraoke. 


Ya Allah.. sabar je lah.. tapi kami layan je hahaha... dengan nenek² sekali😁 kat rumah takdenya nak karok². Seronoklah budak² ni pasang suara. Memang tak sempat pun nak lelapkan mata.

Tu diorang tengah nyanyi lagu Ayam Den Lapeh. Tang ayam den lapeh ai.. ai.. laju je semua hafal🤣

Sesampainya ke Bukittinggi, kedai yang dituju adalah Istano Minang Aia Angek yang sepatutnya hari pertama pergi. Masa sampai sini takde pengunjung lain sebab masa ni hampir masuk waktu Maghrib.

Kat sini ibu beli T-shirt, baju batik, jubah, telekung dan tudung sulam.

Cantik betullah mukena sulam kat sini. Ambillah mengikut budget poket sendiri😅. Pilihan ibu corak yang sederhana sahaja. Beli mahal sikit untuk reward diri. ehhh... tak lebih pun dari Rp230,000. Kat Bukittinggi ni harga telekung affordable setanding dengan kualitinya.

Seperti biasa dah nama pun adik beradik, sorang beli yang lain pun ikut.
#taknakkalah😁

Kemudian ke kedai yang menjual barangan kulit. Ada kulit lembu dan kambing.. kulit lain tak perasanlah pulak. Orang kata barangan kulit kat sana berkualiti.

Kat sini nenek tak beli apa tapi pekedai kat situ hadiahkan nenek brooch. Ehhh.. kitorang yang beli nenek pulak yang dapat hadiah😁

Asalnya Cik Baya nak belikan Cik Man beg kulit tapi memandangkan harganya tak mesra poket😆 jadi lupakanlah impian tu.

Purse yang ada design pun cantik².

Sandal pun ada.

Ibu beli sandal kulit kambing tapi bukan design yang ini.

Happy memasing dapat shopping.

Adalah diorang beli lanyard untuk diri sendiri dan sebagai cenderahati.

4 comments:

  1. Hahahaha kalo dah masuk toko begini, siap2 lah dompet langsung tipis rasanya 🤣🤣🤣. Tergoda beli macam2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantang masuk kedai.. mesti ada sahaja yang nak dibeli.

      Delete