Pages

Saturday, October 5, 2024

Padang/Bukittinggi, Sumatera, Indonesia : Day 3 - Menara Jam Gadang

Destinasi pertama pada hari ketiga adalah Menara Jam Gadang yang dibina oleh penjajah Belanda pada tahun 1926. Jam Besar atau Jam Gadang (sebutan Minang) adalah menara jam yang menjadi ikon Bukittinggi, Sumatera Barat.

Menara Jam Gadang ni berdekatan sahaja dengan hotel. Walking distance je. Patut malam boleh jalan-jalan di sini melihat panorama sebelah malam.


Group photo dulu.




Kat sini tak buat pun, ambil gambar dan melihat-lihat gelagat orang ramai dan para penjual.

One for the memory.

Nenek pun kena bergambar juga.

Ada plak penjual jual toy.. mak-mak ni berkenanlah, belikan untuk si kecil. Nenekna beli kan untuk cucu-cucunya.

Kemudian masing-masing berpecah setelah membeli gelang travel. Nenek dan nenekna pusing jalan-jalan di sekitar menara jam.

Ibu follow Cik Ami dan Cik Baya cari t-shirt.
Rupanya banyak kedai cenderahati di kawasan Jam Gadang ni. Kami tak pusing habis sebab dah janji jam 11 pagi ada di tempat turun van. Jimi tak boleh parking lama-lama di situ.

Dapatlah Cik Baya beli t-shirt kat sini.
Jenuh juga cari warna dan saiz yang dikehendaki.


Lagi banyak kerepek-kerepek yang belum dibungkus di sini.
Kami tak beli pun.

Mujur juga nenek dan nenekna tak ikut sekali hehehe....

6 comments:

  1. Replies
    1. Ni local suka beli kat situ.. kalau tourist beli kat kedai² je sebab senang dekat dengan transport.

      Delete
  2. Oh hotel Mersi dekat dengan jam gadang. Confirm strategis lokasinya 👍👍. Di dekat jam gadang itu ada penjual kerupuk yg ukurannya besar, lalu di atasnya di taro bihun siram kuah kacang. Saya suka beli tiap kesana 😄😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo.. tak sempat explore semua jualan makanan kat situ. Sempat rasa pisang rebus dan kacang kulit hijau je. Tak tau nama apa pulak.

      Delete
  3. Kat sini best...banyak barang jualan...menarik ni kat jam gadang ni..kalau SA...confirm beli bag tarik baru ni..

    ReplyDelete