Last membeli hari ni, mata pun dah tak larat, kami minta Jimi bawa sahaja ke hotel. Masa tu pun dah jam 8.30 malam waktu tempatan. Sampai di hotel, sudah didaftarkan kerana agent Gerbang Travel & Tours telah awal-awal meminta detail nama dan passport. Jadi kami hanya mengambil kunci bilik. Beg pun porter hotel yang hantarkan ke bilik.
Kami menginap di Hotel Mersi beralamat di Jl. Tuanku Nan Renceh No.30, Kayu Kubu, Kec. Guguk Panjang, Kota Bukittinggi, Sumatera Barat 26111, Indonesia
Terpaksalah lipat.. tapi bila lipat tebal lah pula.
Ahhh.. tidur je lah.
Terkujat sket bila keluar air sejuk 😁
Tapi seperti biasa kalau travel ibu akan bawa syampu dan berus/ubat gigi sendiri.
Walau disediakan set minumna, tak sempat pun nak buat.
Sejadah dan Al-Quran disediakan.
Hanger yang gitu je.
Fasilities semua mencukupi.
Ehh.. iron kalau nak guna kena minta rasanya tapi macam biasa Nenekna kan bawak beg Doraemon, jadi adalah iron dari Malaysia.
Paling best apa tau... wifi laju.
Bolehlah upload dan download gambar dan layan medsos sekejap sebelum tidur.
Ibu dok bayangkan Bukittinggi ni kawasan sejuk macam Cameron Highland. Siap bawa baju panas lagi.
Owhh.. tidak... belum sampai tahap tak perlukan aircond atau kipas.
Tapi di sini tak panas sangat pun.... kiranya NYAMAN gitu.
Bila tidur di tempat lain, ibu akan cepat terjaga. Rasanya tidur jam 10 malam, jam 1 pagi dah terjaga. Kunun-kununlah tidur lagi sampai jam 4 lebih bila masuk waktu subuh.
Ibu rasa cukup dululah catatan hari pertama.
Hari-hari seterusnya ibu akan cuba tulis secepat mungkin. Minggu ni dah mula busy closing, jadi malam tak tau sempat ke tidak jenguk blog. Kot balik rumah terus pengsan 😅
Cantik keadaan bilik hotel.. bersih.. ada sejadah dan quran.. ruang luas.. wifi laju.. Bukit Tinggi ada ada masa mmg sejuk huhu..
ReplyDeleteMasuk 2 hotel kat sana, wifi memang laju. Best lah.
DeleteBukittinggi yang nyaman.
Eh, Sy terlepas flight la ni, know² Akk dah sampai Bukit Tinggi hikhik...
ReplyDeleteLaju ye diorg jahit, sehari semalam dah boleh siap bajunya...
Sy pun tak suka bantal nipis, pening kalau kepala tenggelam 😅
Hehe... tak sempat update di sana.
DeleteBetul, bantal nipis boleh pening kepala.
Bilik hotel nampak ok dan selesa, bersih pun bersih..bantal nipis memang x best
ReplyDeleteTak tau berapa star tapi pada kami selesa lah cuma tang bantal tu je.
DeleteSekarang dah tak sejuk kak. Perubahan iklim lah penyebabnya. Duluuu zaman saya kecil memang masih sejuk. Trus kedua kali saya kesana saat outing kantor 2016 kalo tak salah. Itu saja sudah tak terlalu sejuk. Apalgi skr ini
ReplyDeleteooo mungkin lah. sama gak macam Cameron Highland.
DeleteDi Bukittinggi ni pernah menginap di Hotel Karisma.
ReplyDeleteMesti best tu kalau dapat book sendiri.
DeleteHotel Mersi ni dalam pakej.