Pages

Wednesday, October 30, 2024

Makan Malam Di Morning Kedah

Ini cerita Ahad lepas, food hunting lagi (alasan tidak masak😅). Kali ni ayah pilih Restoren Morning Kedah yang terletak di Eco Grandeur. Waktu operasi dari jam 7.30 am - 9.30 pm.

Kali ni datang bertiga sebab Kak Widad dah lapar lepas habis kelas. Kelas Ahad sebab ikut Terengganu kan 😁

Kak Widad order pau kaya.. bila sampai 2 pcs je. Tanya kat pelayan, sepatutnya 3 pcs seperti dalam gambar. Later dia bawa 1 pc lagi.

Ini pun Kak Widad teringin, Salted egg pau.

Mi kari ni sedap, highly recommended.
Kak Widad nak makan ni bila baca review semua satisfied.

Ayah ambil set bihun goreng dan kari ayam.

Tomyam Kai Saek. Ibu rasa pelik sikit rasa tomyam pada ayam goreng. Mungkin ibu tak biasa makan.


Setup dalam restoren. Simple tapi kemas. Rasa sekarang ni restoren memang tak bubuh tile, simen je. Nampak rustic sikit.

Air dihidang dalam kole begini.
  • Teh o ais
  • Ais kosong
  • Kopi o ais
Menu utama ini sahaja namun hidangan yang diterima tidak begitu cepat. Adalah kena tunggu dalam 15-20 minit walau pelanggan tidak ramai.

Ini pula menu sampingan.

Menu minuman.

Lainkali boleh datang lagi cuba menu yang lain pula.
 

10 comments:

  1. Air dalam kole te menarik. Unik2 juga menunya tak jumpa kat tempat lain.

    ReplyDelete
  2. Tumpang bangga ada nama Kedah di situ ahahaha
    Pau tu gebus, telioq la pulak 😁

    ReplyDelete
  3. Mereka lupa taro Pau satu lagi 😅?

    Pau salted egg selalunya jadi favorit saya. Tp saya tak suka kalo rasa salted egg nya manis. Pernah beberapa kali beli di restoran , rasa saus nya manis. Padahal saya berharap gurih asin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelikkan... padahal kat menu ada tunjuk 3 pcs.. mula² ingat mungkin sekarang dah tinggal 2 je rupanya mereka silap.
      Salted yolk egg tu asin.
      Kalau manis susah lah nak terima di tekak kan.

      Delete
  4. Comel jew air dihidang dalam koleh.

    ReplyDelete