Rumah Iban
Rumah Iban ada beberapa bilik/dorm.
Sembang-sembang beliau dari Canada. Seronok lah ayah sebab sebelum ni pernah training di sana. Beliau berusia 71 tahun dan masih gagah untuk melancong sendirian ke beberapa negara.
Tak tau kenapa kat Rumah Penan ni masing-masing nak bergambar sendirian 😂
Nenek pun sama nak try juga.
Bayaran untuk 3 pcs damak ialah RM2.
Syiok sangat meniup sumpitan buluh tu, seorang ambil 6 pcs.
Rumah Orang Ulu
Unik pada ukiran tiang.
Nampak tak nenek yang terpaling excited naik rumah tu. Laju je panjat tangga kayu. Ibu dah pesan ada tangga biasa kat bahagian kanan.
Tangga naik rumah tu jenis kayu sebatang yang ditetak. Ibu tak nak lalu situ jadi pergi ke arah belakang rumah yang menggunakan tangga biasa.
Ibu kan sejenis yang gayat tempat tinggi 😁
Demonstrasi kerepek ubi dan ubi goreng yang telah disagat terlebih dahulu.
Welcoming Dance apabila ada sekumpulan murid sekolah sampai. Kita join sekali.
Welcoming Dance apabila ada sekumpulan murid sekolah sampai. Kita join sekali.
Kat sini, ibu beli manik handmade.
Rumah Orang Ulu
Ini pula pondok membuat parang.
Nenek dan Nenekna masuk tengok sejejap. Ibu hanya menunggu di luar.
Ibu masih teringat di tangga ini lah Wafi memakai kasut dan tunduk ke bawah. Meremang ibu bila memikirkan kalau dia tergolek pada masa itu.
Kami hanya bergambar di bawah Rumah Melanau kerana kat atas tu ramai pula pengunjung.
Kat bawah ni ada demonstrasi tarian buluh, ibu tak tahu namanya. Buluh sepasang dan penari akan menggunakan kaki mengikut rentak muzik dan pergerakan buluh yang dipegang oleh 2 orang.
penat x nenek meronda semua rumah kat situ? dah la rumah kena naik tangga tinggi²
ReplyDeleteNenek relax je naik setiap rumah kecuali Rumah Melanau. Laju je naik. Terpaling excited.
DeleteKuat betul nenek ye..respect betul..kalau Mak Pah sure dah x mampu jalan dah tu...
ReplyDeleteAlhamdulillah mak masih sihat. Anaknya ni yang terlebih sakit kaki huhu
Delete