Makngah sampai sekolah jam 2.30 pm. Tengahari tu Wafi dah beritahu, girls ada program di surau sekolah dan habis jam 3 pm. Jadi makngah perlu tunggu sekejap.
Ibu juga kirim cash untuk diberi kepada Wafi disebabkan cash Wafi telah "terhilang".
Kalau tak silap hari Rabu Wafi beritahu ibu yang dompetnya telah hilang. Wafi sendiri akui yang dia careless, letak dompet atas lantai masa buat discussion. Lepastu lupa nak ambil semula. Sampai dorm baru perasan dompet tak ambil. Bila pergi semula bilik prep, memang tak adalah. Masa call tu nangis-nangis... biasalah tu, nak elak diri dari kena marah ibu. Ibu pujuk tak apalah... nanti cuti 2 minggu ibu bawa gi buat IC semula. Wafi pun concern sebab dalam tu ada kad bank dan punch card. Ibu pesan esok hari kena beritahu warden. Mujur Wafi ada simpan sedikit cash di tempat lain.
Masa call tu Wafi konfiden yang dompet tu akan dapat semula tapi duit memang tak harap. Hari Khamis dan Jumaat.... katanya masih tak jumpa lagi.
Tengahari tadi Wafi call dengan ceria, dompet tu dah dijumpai. Ada seorang kawan yang hilang dompet juga beritahu, dompet Wafi ada kat satu bilik ni. Jadi Wafi pergi dengan kawan dan ambil dompet tu. IC, kad bank dan punch card elok je tak terusik cuma duit RM50 dah tak ada seperti yang diduga.
Semoga ia menjadi pengajaran buat Wafi untuk lebih berhati-hati.
Sebelum ni T-shirt rumah yang dijemur pun tak tau pergi mana. Kot terbang atau hanger terleret tempat lain tapi Wafi kata T-shirt tu digantung antara pakaian Wafi yang lain. Kena beli lah lagi sebab ada hari yang perlu pakai T-shirt rumah.
Patutlah masa hari pendaftaran, warden ada beritahu, duit asingkan dan simpan di beberapa tempat.
Cuya dulu duduk asrama ada je barang hilang..
ReplyDeleteramai panjang tangan..
lega sebab tak duduk asrama lama2, lebih happy skola harian biasa.. hehe
Dulu akak masa kat asrama tak pernah alami dan tak dengar pun pasal kehilangan. Rupanya sekarang macam dah jadi trend pula.
DeleteKes yang biasa terjadi di asrama :(
ReplyDeleteTapi syukur, ic & kad bank masih ada, kalau tak leceh juga hendak buat baru.
Take care Wafiy.
Gamaknya yang "terambil" tu berfikir kalau didapati dia salah mengambil IC dan kad bank akan jadi jenayah besar, itu sebab ambil duit sahaja.
DeleteAlahai..benda macam ni la x nak berlaku kan...selalu gak pesan kat kakak Nia...takpe la Wafi..lesson learn..
ReplyDelete