Pages

Sunday, December 3, 2023

Kuching 2023 : Day 1 - Penginapan di Riverside Suites

Kami sampai hotel penginapan Riverside Suites lebih kurang jam 4.20 pm
Disebabkan agak rushing ambil gambar sikit je.


Riverside Suites ni bersebelahan dengan Imperial Riverbank Hotel dan berdepan je dengan Waterfront.
Book melalui Booking.com dengan harga RM200 untuk semalam. Bayar RM600 untuk 4 hari 3 malam, dapat suite 2 bilik dan 2 bilik air. Memang sangat berbaloi. Suite ni milik persendirian tapi kunci bilik dan carpark tag ambil di pejabat pengurusan.

Peralatan dapur dan utensil semua cukup. Rice cooker, toaster dan kettle tersedia.
Tapi tak adalah kami nak masak-masak melainkan masak air panas sahaja.
Water bottled, kopi, teh dan gula tidak disediakan.
Kat bawah hotel ada 7E bolehlah beli semua tu, cuma gula je takde jual.

Ruang tamu. Dari atas ni pun dah nampak Sungai Sarawak.

Main bedroom bagi nenek dan nenekna stay. Senang mereka nak berjimba-jimba berdua.

Toilet dalam bilik dan tersedia mesin basuh. Dapatlah kami cuci baju sebab ampaian ada di balkoni.

2nd bedroom.

Bilik air di bahagian luar berdekatan dengan pintu masuk.
Hanya body wash sahaja disediakan.

Pemandangan dari atas balkoni diambil pada sebelah pagi hari kedua. Depan hotel Kampung Boyan manakala sebelah kanan tu Kampung Gersik.

Sebelah kiri hotel nampak pula bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang tersergam indah. Nampak bot tambang sedang mengambil penumpang.

Bawah tu kapal Sarawak River Cruise yang berlabuh di situ.

Lepas solat kami bergegas pula ke waterfront untuk aktiviti berikutnya. 

Kalau nak ke Kuching ibu recommend Riverside Suites atau Imperial Riverbank Hotel sebab ia paling dekat dengan waterfront. Tahun 2017 kami stay di Margherita Hotel (sebelum ni Holiday Inn) manakala pada 2006 kami stay di Hotel Grand Continental Kuching (masa tu ada promo dari Air Asia). Cumanya Hotel Grand Continental jauh dari waterfront. Banyak juga hotel-hotel best sekitar waterfront seperti Sheraton Hotel yang lebih moden tapi tak nampak lah Sungai Sarawak dari dekat 😊
 

3 comments:

  1. Seronoknya...lama dah x explore Sarawak..SA dah pernah pi 2 kali..dah naik bot penambang tu jugak pi seberang tu borong kek lapis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronokkan... tahun 2017 tambang bot 50 sen je sekarang dah RM1

      Delete