Pages

Tuesday, December 5, 2023

Kuching 2023 : Day 4 - Bergambar Dulu di Hotel Dan Tugu Kucing

Hari terakhir kita di bumi Sarawak ingat nak leklek-an bangun tapi lepas solat Subuh tak boleh lelap semula. Sebelum jam 7 masing-masing sudah siap berkemas. Jadi kami bertiga ambil gambar di balkoni berlatarbelakangkan Sungai Sarawak.




Kami check-out terus jam 7 pagi.
Angkut semua bag dan letak di pintu keluar berhampiran parkir hotel. Tinggalkan situ sementara kami nak ambil gambar di Tugu Kucing.

Tugu Kucing tu dekat je, beberapa meter dari hotel.





Gambar-gambar ni membelakangkan Tugu Kucing sebab ada sekumpulan tourist dari Pahang sedang bergambar di bahagian depan. 

Side yang kami stay ni under Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) manakala di bahagian seberang Sungai Sarawak yang ada bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak tu adalah bahagian Kuching Selatan di bawah kelolaan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).


Sabar semua... kita tunggu mereka habis bergambar puas-puas dulu.
Pagi ni kami grup kedua nak bergambar di situ. Awal pagi Isnin belum ramai orang lalu lalang.
Bangunan belakang ayah tu hotel yang kami stay 4H 3M.

Sebenarnya ada beberapa Tugu Kucing di bandaraya ni tapi tak pulak kami ambil gambar. Jumpa satu di waterfront dan satu lagi ketika menghala ke UTC.


nah... mini love from nenek.

Nenekna pun sama.



Alhamdulillah dapat bawa nenek ke Sarawak tahun ni.

Masa ni lah baru keluarkan tripod Nenekna.
Nenekna kata dah offer sebelum ni tapi ibu kata leceh... oh ye ke 😁😁😁

Versi edit bagi terang sikit sebab pagi tu cahaya matahari lambat naik.

Ok.. last sebelum kami gerak ke parkir hotel.
Dah ada few tourist untuk bergambar di sini pula.

Datang 3 bag, balik semua beranak.

Walaupun Axia, kami manage untuk masukkan semua bag ke dalam.
Fuhhhhh... 


 

2 comments: