Pages

Friday, December 29, 2023

Servis Kereta

Otw balik dari bank tadi baru teringat yang KM kereta ada lagi 200 lebih untuk next service. Weekend ni nak ke utara jadi lebihlah pulak KM tu nanti. Beberapa bulan ni kan memang asyik jalan jauh. Ke Terengganu dan beberapa kali ke utara. Memang cepatlah habis 10,000 KM. Terus ibu whatsapp service centre untuk booking esok pagi jam 8 am tapi available jam 11.45 am. Lambat sangat pulak sebab ada event lepastu. Sajelah tanya hari ni jam 2 pm. Ehhh.. ada slotlah. Ok lah macam tu.

Kebiasaannya ayah yang bawa kereta untuk service. Ini ibu kali pertama. Ayah suka je datang sini sebab best katanya😁.

Tunggulah sekejap, nanti ada technician akan entertain. Beliau beritahu akan ambil masa 2 jam. Anggaran 4.30 pm siap. 

2 jam kat service centre ni takde lah rasa bosan, bolehlah ibu update blog dan tonton drama.

Inilah budak yang nak ngikut. Sampai² cari shopping kat mesin gedegang (vending machine).

Ada ni pelbagai mesin ain disediakan.

Pilihlah nak air apa. Itu ibu ambil teh tarik.

Air panas dan sejuk.

Ada biskut ni je.
Kalau pagi disediakan nasi lemak dan kuih-muih. 

Kotlah nak jajan² atau soft drinks.

Technician check dulu lepastu baru beritahu apa yang perlu diservice. 

Kotlah ada anak kecik bolehlah main² kat situ. Ada juga bahan bacaan ringan disediakan.

Selesa

Bolehlah kot nak skodeng kereta tengah service. Tak nampak pulak kereta kita, banyak sangat kereta kat situ.

Konon nak buat latihan... hurmmmmm

Mampu tengok je huhu...

Dok cari salesman kami dulu tapi tak duty pula hari ni. Setahun sekali je lah baru berhubung untuk renew insurance😁

Ada lagi 1/2 jam masa yang dianggarkan... harap ontime lah 😃.

yeahhh... setelah kena bebel barulah buat revision. Duduk situ kuranglah sejuknya.

2 comments:

  1. sekejap je cuti esok lusa dah nak kena hantar wafi ye kak?

    ReplyDelete