Selepas check-in ayah bergegas ke kaunter river cruise. Kami tidak beli tiket secara online sebab takut tak sempat sampai pada waktu yang ditetapkan. Kiranya kalau tak dapat naik pada hari pertama kami akan naik pada hari ketiga. Tiket untuk hari kedua kami di sana sudah habis terjual.
Kami ambil pakej Signature Sunset Cruise, jam 5.30 - 7 pm.
Semput juga lah menapak dari hotel ke jeti kapal tu sebab kejar masa. Masa kami turun tu sudah jam 5.05 pm.
Semua penumpang perlu ke upper deck. Bawah ni restoren tapi tak sure ada jual makanan ke tak. Mungkin untuk certain function.
Berangin atas ni, sedap betul apatah lagi melepaskan lelah jalan laju-laju tadi.
Tiang Bendera dan tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 99 meter berhampiran Tugu Margherita, Petra Jaya Kuching.
Menikmati keindahan panorama dan beberapa famous landmark.
Bila jalan balik dalam keadaan yang tenang, baru lah rasa dekat sambil menikmati view malam 😁😁😁
sekarang masuk waktu awal so awallah sunsetnya... x menari sekali ke atas cruise tu kak? hehe
ReplyDeleteBetul tu KM, masuk waktu awal.
DeleteMalas nak ke depan hehehe... ada few kids yang menari sekali. Yang tua-tua dok relax enjoy the performance.
SA x sempat explore cruise, masa pergi dulu bawak ramai angkatan tentera kan..so fikir ongkosnya jugak
ReplyDeleteTu macam nak kena pergi lagi 😁
Delete