Pages

Sunday, December 31, 2023

Sampai Kulim Dah

Alhamdulillah.. kita sudah sampai Kulim jam 1 tadi. Dari rumah jam 7 am. Jalan clear. Macam biasa bawak relax² je. Ibu take over kat Bukit Gantang. Sempatlah tidur dari Ladang Bikam. Breakfast siap² beli kat Petronas Latar. Petronas tu best sebab jual pelbagai makanan untuk sarapan. Ambik nasi lemak, bihun goreng dan mi goreng mamak, kuih bom, popiah goreng dan sandwich. Macam nak berkelah😁. Semua sedap². Makan dalam kereta je sebab makanan semua dalam pack.

Sampai Kulim singgah "bulu²" (machine car wash) dulu kemudian baru lunch. Wafi teringin makan ikan 3 rasa dan tomyam. Adehhh.... mana buka lagi. Mujur pilih Secret Recipe akhirnya. Kasihan pulak kalau tak dapat apa yang diinginkan. Cuti pun banyak masa kat rumah je.

Sementara order sampai.

Ini ayah ambil Asam Boi Lime. 

Wafi nak makan kek dulu.

Seafood pasta. Wafi choose ini sebab nak yang macam kakak makan.

Ibu ayah share kuayteow tomyam.

28 hari lagi tau... lepastu cuti penggal ke-3.



Malam ni tidur rumah tokwan, esok tengahari baru hantar ke asrama.

 

3 comments: