Pages

Monday, December 4, 2023

Kuching 2023 : Day 3 - Gua Angin (Wind Cave)

Beberapa minit perjalanan dari Tasik Biru membawa kami ke Rezab Semulajadi Gua Angin ( Nature Reserve Wind Cave). Kalau tak silap ibu 7 km dari sini juga ada gua lain iaitu Gua Pari-pari ( Fairy Cave).

Cukuplah satu gua yang kami kunjungi.

Sebelum masuk kena daftar secara online menggunakan QR code. Daftar seorang je nanti masukkan nama setiap orang.
Entrance fee RM1 seorang.
Nenek gratis sebab warga emas.

Sebelum masuk kena tengok segala peraturan melalui kaca TV.

Menurut sejarah, Gua Angin mendapat nama tersebut kerana terowong di dalam gua tersebut menjadi laluan angin sepoi sepoi bahasa yang keluar masuk dari satu pintu masuk gua ke pintu masuk yang lain.

Nenekna bergambar di depan astaka.

Jalan menuju ke gua.




Di hadapan pintu gua ni terasa berangin sejuk. 

Belakang tu laluan keluar dari Fossil Trail.

Pilihlah route mana yang dikehendaki.

Last picture sebelum masuk gua.
Gua tu gelap yakmat jadi perlu ada lampu suluh headlamp. Boleh sewa dengan harga RM5. Ayah pulak hanya sewa 1 lampu je.. tak cukup. Nenekna keluarkan torchlight handphone.
Nenek laju je jalan ke dalam.

Dalam gua memang tak ambil gambar sebab gelap sangat. Mula-mula kita kan lalu Cave Bat Trail. Laluan ni ada jambatan kayu. Lebar dan selesa untuk dilalui. Bau kurang menyenangkan sebab adanya najis kelawar. Dah itu tempat tinggal mereka.

Kalau suluh ke atas gua memang nampaklah kelawar bergayutan. Bunyi pun bunyi kelawar. Bila tersuluh mata kelawar cepat-cepat ia terbang. Bila ibu suluh ke bawah, hanya batu-batuan gua. Tak ada sungai. Riverview Trail kami tak masuk. Masa ni teringat pula cerita Tham Luang Cave di Thailand. Terus cepat-cepat jalan.

Masa kami dalam gua ni di depan kami ada 4 orang pengunjung dari Johor manakala di belakang kami ada 2 orang remaja.

Cave Bat Trail mengambil masa lebih kurang 25 minit .

Kami terpisah dengan mereka dipersimpangan Jungle Trail. Kami memilih Jungle Trail sebab ia lebih dekat dengan jalan keluar dan hanya mengambil masa 15 minit.



Laluan keluar dari Cave Bat Trail menuju Jungle Trail. Kalau dalam Cave Bat Trail laluannya menggunakan jambatan kayu, di Jungle Trail menggunakan jambatan besi. Outdoor lebih tahan guna besi.

Walau dalam hutan signal pun boleh dapat. Masa ni ibu dapat panggilan dari Cik Nora dan whatsap mesej dari Cik Ami.
Tapi apa yang ibu perasan, mana-mana kawasan yang kami pergi di Sarawak ni, coverage kuat betul. Semua dapat signal 4G.

Cuba lalu highway PLUS, pasti ada beberapa kawasan yang langsung tiada signal🤭🤭

Secara keseluruhannya kami berjalan lebih kurang 40 minit di Rezab Semulajadi Gua Angin.

Selesai pulangkan torchlight kami bersihkan tangan di toilet dulu. Sabun ada disediakan. Tandas dan fasiliti bersih. Tangan pegang pemegang jambatan yang ada najis kelawar. Kalau tak pegang risau pula sebab ada beberapa tempat bertangga.



Sangat berbaloi masuk sini. Highly recommended.
Tempat ni sangat terjaga walaupun kita hanya membayar sedikit entrance fee.
 

6 comments:

  1. eh eh x aci org jauh pulak yg sampai sini dlu.. last sy pegi bwk student dlu tu pun x renovate lg... skrg dh cantik x sampai lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo.. dulu lebih klasik lah eh.. memang kena pergilah sekarang. Salute sangat sebab tempat tarikan pelancong ni sangat terjaga.

      Delete
  2. Gua angin ni SA masuk separuh je..Mak Pah dah tak larat masa ni..ada satu lagi gua yang ada tangga tinggi..SA naik sampai atas..x ingat plak namanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waahhh... MP lagi lama masuk situ ya..
      uishh.. sempat explore 2 gua lah eh.. mungkin Gua Pari-pari kot.

      Delete
  3. Transportation pergi ke sini brapa ya?

    ReplyDelete
  4. Dan cara pergi ke sini guna transport apa ya?

    ReplyDelete