Pages

Wednesday, December 27, 2023

Family Gathering di BTP dan Sambutan Hari Kelahiran

Cerita weekend lepas. Cik Cha sponsor homestay Uncle Wak Sir di Bandar Tasik Puteri. Seperti biasa cari homestay yang ada pool dan dekat dengan rumah. Dapatlah berkumpul dari hari Jumaat hingga Isnin (22 - 25 Disember 2023). Tak semua family yang dapat join seperti family Cik Ujang (family day di Janda Baik), Cik Ami (Cik Amir +ve covid) dan Cik Nora komitmen keluarga. Alhamdulillah 8 family dapat berkumpul itu pun ada yang on & off sebab dekat dengan rumah kan 😁. Macam ibu Sabtu dan Ahad masih sempat hadir kenduri kahwin officemate.


Seronoklah anak-anak mandi.
Dari pagi membawa ke malam, mandiiiiii je.
Mana yang sempat je lah ambil gambar, padahal ramai lagi anak-anak buah.

Anak jagaan Cik Bila, Dahlia. Bukan main seronok lagi si tuyush ni.

Hamboii Dina, seronok sangatlah tu ada Cik Wan.

Ibu ayah bermalam pada Jumaat malam Sabtu dan Ahad malam Isnin.

Sabtu malam ibu prepare food untuk kakak untuk bawa balik jadi masak lebih. Ahad pagi dan petang panaskan lagi untuk dibawa ke homestay.

Ahad malam Isnin kita buat tahlil dan makan-makan.

Nasi minyak dan acar timun ibu prepare petang Ahad. Pagi tu nasi yang dimasak hanya 4 pot dan Kawi bawa ke U. Rupanya beras basmathi tinggal 4 pot je jadi petang tu masak guna beras biasa.
Ada ayam masak merah dan kari daging.

Sambal kicap untuk sup ayam dan sos cili untuk makan dengan oden.

Sup ayam tua ni Cik Cha masak. Sedap oooo
Tapi kuah "sat" sebab tertumpah 😄

Oden

Aqil dah boleh diharap untuk bakar ayam. Semua dia setel.

Cik Man jadi mandur.

Bakar ayam dan sosej je malam tu.

Sebahagian ayam yang sudah dibakar.



Indah Cempaka dan Irdina Alisya.
Baju hitam makngah belikan di Serikin 😃



BFF.
Adnin kat Janda Baik tapi tetap di hati.

Yaya dah pengsan. Cousins lega kalau tak dok melayan Yaya bercakap tak henti-henti 😁


Lepas solat Maghrib buat tahlil.

Iman, Angah, Aqib dan Firas.

Hidangan makan malam.

Kek untuk nenek.

Kek untuk Aqil, Zara, Yaya & Aqib.

Semua kek tajaan Cik Ami. Walau tak hadir ada tanda ingatan 😍

Sambutan Hari Lahir untuk nenek yang lahir pada 25 Disember 1949
Alhamdulillah, tahun ini nenek 74 tahun.
Semoga nenek sihat dan happy.

Cempaka potong kek sekali dengan nenek. Cik Wada dah terlupa pada mulanya.


Geng lahir bulan 12.
Ehhh... kecuali Dina dan Cik Man.
Mereka yang terlebih excited (seperti biasa 😁).


4 beradik lahir bulan yang sama.
Aqil, Zara, Aqib dan Yaya.
Yaya kan dah tidur jadi takdelah dalam gambar.



Meja dah penuh dengan makanan jadi kerusi panjang pun bolehlah letak kek sekejap.

Firas yang bertambah comel.

Pagi Isnin nenek goreng bihun. Cik Elis panaskan sate Haji Samuri yang Cik Anuar beli sempena Abang Muhammad selamat berlepas ke Mesir.
Tengahari memang tak masak sebab lauk-lauk semalamnya masih ada. Preheat je lah.

Lepas breakfast ibu, ayah dan Wafi balik rumah sebab Wafi ada homework yang perlu diselesaikan.

Family lain stay, ada yang balik petang. Cik Cha dan Cik Baya last balik. Malam baru mereka check-out setelah setel bersihkan homestay.

Terima kasih Cik Cha belanja HS dan other family members yang dapat berkumpul bersama. 

4 comments:

  1. Seronoknyaaaa...ramai-ramai macam ni...comel2 semua anak buah...cuti panjang memang seronok family gathering

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa ni lah cousins dapat jumpa dan main-main.

      Delete
  2. seronok gathering mcm ni kan.. kami blom lg cuba staycation di homestay yg ada swimming pool mcm ni... next time boleh plan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada anak-anak ini yang paling senang. Kalau homestay swimming pool area sama, jadi mak ayah senang nak pantau. Kalau hotel nak kena turun naik dan tunggu. Lagi kalau ada ramai dan perlukan kunci keselamatan lif. Penat turun naik jemput.

      Delete