Pages

Tuesday, December 5, 2023

Kuching 2023 : Day 4 - Sarapan Pagi Di Sepinang Sari Cafe & Restaurant (Mi Sapi/Kolok Haji Salleh)


Haaaa.. gitu lah tajuknya restoren ni. Masa ayah google restoren ni dan tengok review, ayah kata ni macam kawan blogger ibu je makan kat sini. Gitulah ayah nampak blog kakmim bawa anak-anak makan mee kolok Haji Salleh😍

Masa kami sampai jam 9.35 pagi, dalam restoren masih penuh. Depan kami ada 1 family tunggu meja. Bila mereka dah dapat meja kami masih berdiri menunggu. Pelayan ambil order dulu dari kami,

Menu semua mi kolok, kot ada yang lain ibu tak sure sebab nampak menu ni kat dinding.

Seorang sahaja yang handle kat dapur.

Ayah dapat meja dua orang di situ jadi kita minta nenek dan Nenekna duduk dulu sementara kami tunggu meja lain.

Pelayan dok keluar masuk bawa pesanan.
Kedai ni nampak oldskool kan.

Yeayyy... dah dapat meja kat luar. Kami panggil nenek dan Nenekna duduk sekali kat luar. Dah dapat meja pesanan pun masih kena tunggu.
 
Nampak ligat kakak tu buat kerja, mencelur mi dan isi bahan yang pelanggan pesan.
Mungkin memang seorang sahaja bekerja di bahagian tersebut. 

Sambil-sambil tunggu, ambik gambar lagi hahaa.

Rasanya jam 10 pagi baru pesanan kami sampai. Ayah target habis makan jam 10.30 pagi sebab perlu berada di airport jam 11 pagi. 

Ambil satu gambar mi kolok je lah sebab yang lain sama.
Ini ibu ambil special, tendon dan daging lebih RM17. Nenekna pun sama.
Dah alang-alang makan mi kolok, terus ambil yang special😀
Entah bila nak makan lagi kan!
Bila dah banyak sangat terpaksa share juga tendon2 tu dengan ayah.. haaa.. camtu ler orang tamak😂

Nenek ambil ayam manakala ayah ambil mi kolok biasa bawang goreng lebih.
Harga mi kolok biasa RM7 manakala tambahan bawang goreng RM2.
Dah pandai makan, campurkan bahan-bahan dan masukkan cili sikit-sikit. Kuah tu hirup dengan sudu.
Bukan tuang semua kuah dalam mi kolok tu hahahhaha...
Dah rupa macam makan maggi sup sebelum ni 😅😅

Nampak orang sebelah pun buat camtu. Politely makan mi pakai chopstick dan hirup sup pelan-pelan.


Sarapan pagi tapi masing-masing minum air ais. Dahaga berjalan di pasar sebelum tu.
Total makan minum RM64.00
Overall memang puas hati makan kat sini. 

Oh ya, kami perasan bila kita order air kosong sejuk mereka akan beri air putih biasa. 2-3 kali terkena dan kami minta ais kemudiannya.
Ayah kata mungkin kena cakap ais kosong atau air ais.

Masa kami nak keluar ke jalan besar, masih ramai lagi pelanggan yang datang ke restoren ni. Ibu jaranglah nak ke restoren yang kena beratur, biasa kalau ada yang beratur rela ke tempat lain.
Tempat ni exceptional. Mungkin masa sampai tu tak ramai yang beratur.
Highly recommeded restoren ni. 

4 comments:

  1. Sedap tu mi kolok special. Betul Faizah, alang-alang masuk situ bukannya selalu, elok pilih yang special.

    ReplyDelete
  2. Sa pernah buat kerja giler, terbang pi Sarawak Petang Jumaat dan balik Ke KL hari Ahad..semata-mata nak makan mee kolok Hj Salleh ni

    ReplyDelete