Pages

Sunday, December 3, 2023

Bami Pula Pulang ke Sarang

Petang ni Abang Rahimi balik ke Unisza. Sepatutnya naik Bas Prisma jam 12.30 noon. Dapat sms dan email jam 10.15 am menyatakan bas telah dibatalkan. Ini pertama kali beli tiket Bas Prisma jadi begini pula. Refund RM49 akan dibayar 4-5 minggu dari tarikh terima mesej. Harga asal termasuk caj lain RM52.84

Cepat² lah cari bas lain. Untuk hari ni ada bas jam 5 pm (Sani), 8.30 pm (Darul Iman) dan 10.30 pm (Prisma). 
Terus beli Sani, itupun ada 5 seat je lagi. Mujur sekarang beli online sahaja, mudahlah kerja. Ibu guna Easybook.



Jam 5.10 pm baru bas sampai.


Owh ya.. tadi ibu bekalkan sandwich telur + nugget sebab Bami baru lepas makan berat. Bolehlah isi perut atas bas nanti.


Pemandu bas sudah tetapkan kabin bag untuk Unisza di sebelah kiri. Senanglah nak manage nanti.


Bye Bami, jumpa lagi. Insyaallah Bami akan balik masa study week nanti.

Tinggallah ibu ayah berdua semula.


 

2 comments:

  1. selamat kembali ke Unisza Bami...manis je muka dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muka ada sikit sedihlah tu nak pisah dengan ibu ayah.

      Delete