Balik dari Muzium Kucing dapatlah kami berehat. Sempatlah ibu tidur sejam. Jam 6 pm kami turun ke waterfront untuk menyeberangi Sungai Sarawak.
Kebetulan jeti di hadapan hotel kami je.
Seorang RM1 untuk ke seberang.
Bot guna injin, sekejap je guna. Injin pun ditarik pakai tali. Pendayung disebelah sini. Dayung diguna untuk kemudi bot ke jeti.
Jeti yang kami pergi di Kampung Boyan. Ada juga jeti Kampung Gersik.
Tak jauh pun antara satu sama lain. Lepas Kampung Gersik ada juga jeti lain.
Kita cari yang mudah je lah.
Ibu pun tak tau mana yang sedap, beli je lain-lain flavour setiap satu.
Ibu kalau kek lapis suka yang tradisional, kek lapis yang ada flavour kayu manis tu.
Setiap bungkus kebanyakannya berharga RM10.
Melainkan yang premium harga RM20 ke atas.
Beli 10 bungkus mereka akan bungkus dalam kotak dan diseal. Bolehlah bawa naik ke kabin flight.
Kemudian kami jalan ke depan sedikit untuk membeli Ikan Terubuk Masin. Pakcik yang bawa bot suggest pergi ke Pian Terubuk Masin. Ok lah.. sebab tak jauh dari Mira Cake House, kita beli kat situ je. Senang setelkan barang yang dah plan nak beli siap-siap. Kebetulan dalam hotel pun ada peti sejuk besar, tak perlu risau.
Muka tak ceria sebab masih sakit gusi.
Sebenarnya lepas kami beli kek lapis dan terubuk masin, letak dalam fridge kemudian terus turun semula. Ambil kereta dan menuju ke tempat dinner.
Sudah sampai ke Restoren Lepau tapi bila sampai masih ada beberapa orang beratur di luar restoren. Tambahan pula sukar untuk mencari parkir.
Jadi ayah decide patah balik dan cari makan di waterfront. Kami parkir semula di hotel dan berjalan sepanjang waterfront.
Malangnya tak ada tempat makan yang menarik perhatian kami.
Akhirnya kami masuk ke Restoren Nasi Abe.
Makan sekadarnya sahaja sebab kecewa plan asal telah ditukar.
Spoiled the mood lah dinner malam tu!
On the way balik lalu waterfront tu perasan ada orang jual bubur nasi. Kena belikan nenek juga sebab di Restoren Nasi Abe nenek taknak makan.
Nenekna beli goreng pisang cheese.
Bolehlah makan-makan dalam hotel nanti, medang malam.
Sebenarnya nak ngeteh tapi hanya ada teh di 7E, gula tak jual. Jadi kami minum air suam je dan Nenekna ada beli air Zeppel.
Nenek cari biskut kelapa Roma yang dalam iklan Lee Min Ho... adoiii.. tak de lah pulak. Ibu pun tak tau LMH ada iklan biskut 😂😂😂
Ayah sahaja yang ke sana malam tu bila kami berehat-rehat dalam bilik. Mulanya nak ke sana dan parking berhampiran jambatan tapi tak ada parkir kosong. Nak bawa nenek ke sana jalan kaki dari hotel kasihan pula.
di lepau tu mmg susah cr parking dan seat pn limited.. kena booking awal kalau nk ke situ
ReplyDeleteoo kena booking. Jenuh juga lah kalau walk-in je.
DeleteParking pun nengok limited.
kesiannya nenek sakit gusi...mesti spoiled mood...
ReplyDeleteBetul SA tapi bila dapat makan bubur nampaklah selera. Malam tu dah terfikir kalau tak jumpa bubur kami nak ke McD beli bubur tak kisahlah pasal boikot tu sebab dah terdesak. Mana nak tau ada rezeki lain.
Delete