Balik dari cruise trip masing² bersihkan diri dan solat dulu. Masuk waktu awal dari sini, jadi by 8.00 pm tu semua dah solat Isyak.
Kemain lagi... semua berjalan dengan baju baru hahaha
Kami ambil grab dari hotel ke Topspot. Kunun-kunun dah penat lah jadi malas nak jalan.
Bila masuk kereta driver grab beritahu dekat je kalau nak jalan kaki sebenarnya. Grab pun RM5. Beliau tunjuk arah dari hotel ke bangunan UTC. Kalau nak grab ke Topspot kena pin UTC. ooo... mana lah kami tahu hehehe...
Kalau naik grab akan ikut jalan lain kiranya jauh sikitlah.
Topspot di Tingkat 6 disebabkan kami dari restoren kat bawah UTC jadi kena naik tangga dulu baru jumpa lift.
Kat sini tunggu giliran sebab ramai pengunjung. Jadi staff akan carikan meja kosong. Dah dapat meja pergilah ke kaunter yang sediakan bahan mentah. Sebelum tu ada pengunjung yang duduk dimeja kami beritahu macamana nak order. Berapa banyak portion yang perlu kami ambil. Apa masakan yang sedap. Wahhh... bagus tips yang mereka beri.
Jadi ibu dan Nenekna je pergi ke kaunter untuk order makanan. Kat situ pun kena tunggu giliran. Kami tak pilih bahan basah just beritahu seafood apa dan jenis masakan. Kecuali ikan mereka minta pilih sendiri. Masa order tu boleh je tanya harga portion yang kita nak jadi bolehlah estimate harga yang kita makan.
Sayur campur medium size. Nampak ramai orang order dan sangat fresh, jadi kami pun order juga. Jenis sayuran kalau kita pilih sendiri akan dikenakan harga berbeza. Jadi kami minta yang standard. Yang ni pun dah cukup sedap.
Udang masak butter small size. Udang tu besar ada 5 ekor.
Ambil gambar dulu sebelum makan. Masa ni pun food tak sampai semua. Kami makan sikit-sikit sebab dah lapar π
Kami berempat.
Tengok belakang tu, setiap meja pun penuh.
Tengok belakang tu, setiap meja pun penuh.
Ayah order Umai Udang. Yang ni dari restoren lain tapi ada pekerja yang datang bawa menu. Jadi kami cuba juga. Sedap ni rasa masam-masam manis.
Yang ni pengunjung yang duduk meja kami sebelum tu yang recommend. Memang sedap. Highly recommended. Rasanya sangat lain dari 3 rasa yang biasa dimakan. argghhhh... macam nak repeat je huhu... Kami panggil sayur atas ikan tu sayur bersepah ππ
Ini pula Oyster pancake. Nampak ada orang order sebagai appertizer, kami pun teringin juga. Ingatkan ada kiosk jual khas rupanya mana-mana restoren pun ada jual ni. Jadi kami kembali kaunter Restoren no. 25 untuk order.
Macam ni lah Oyster Pancake tu. Harga RM25
Disebabkan ia sampai masa kami sudah habis makan, jadi masing-masing makan sikit je dan tapau bawa balik. Keropok tu rasa telur. Campuran tepung apa pun tak pasti. Tiram tu lembut je apabila dikunyah.
Harga makanan semua RM141.30
Air RM17
Sangat puashati makan di situ dan highly recommended. Cuma neneklah kasihan, tiba-tiba malam tu sakit gusilah pulak. Kurang enjoy lah nenek tu. Balik bilik terus ibu bagi painkiller.
Bila nak balik kami decide jalan kaki sahaja. Exercise sikit. Tambahan pula masa nak ambil grab, apps tu beritahu lebih kurang "walking distance". Grab pun tak recommend. Memang dekat je, dalam 400 meter π
nampak sedap especially udang tu..sayur mdin tu pun...dapnyaaaa....laaa walking distance aje rupanya...takpe la..x tau kan...
ReplyDeleteUdang dan midin memang highly recommended.
DeleteHusband dah google map awal-awal katanya 700 meter tapi kami tak percaya kot lah kena scam. Kununnya malas lah nak berjalan, sekali nengok memang dekat je. Kami yang scam diri sendiri.