Lepas bergambar-gambar di Tugu Kucing kami nak pergi pasar pagi dan makan di Kubah Ria. Bila sampai ke area Kubah Ria rupanya sebelah tu bangunan Medan Niaga Satok. Apalagi... terus minta ayah cari parking sebelah pasar di bahagian. Masa kami sampai bahagian pasar borong dah hampir tutup, jadi kami masuk lah ke pasar biasa. Ia umpama Pasar Besar Klang. Ada pasar borong dan pasar biasa ala pasar tani tapi dalam bangunan.
Jalan-jalan jauh sampai Kuching kenapa nak ke pasar pulak?
Haaaa... kami ada misi... misi mencari MIDIN.
Cari kat pasar borong takde lalu tanya penjual kat dalam pasar harian tu.
You pergi masuk sana... ada 3 adik beradik gemuk, orang Dayak. Dia ada jual midin.
Haaaa.. camtu auntie tu describe camne nak cari midin.
Laju je nenek masuk cari. Berpusing jugalah cari midin tu sebab kami takde lah cari based on saiz orang 😅. Bila nampak, takdelah gemuk cuma besar gagah je si penjual tu.
Midin yang pucuk tu mereka jual RM17 sekilogram. Dibungkus dalam daun tapi ibu tak sure daun apa, ia agak keras.
Setiap jambak tu dalam 1/2 kilo.
Midin daun mereka jual RM3 sebungkus.
Sebelum ni ibu tak tau yang midin ni adalah pucuk paku pakis. Kalau di tempat sendiri kami panggil pakis merah.
Haaa tu dia... kami borong midin pucuk seorang 2 bungkus. Tambah lagi yang daun 2 bungkus. Ingat nak borong habis tapi mikir dah takde tempat, janganlah tamak huhu...
Yang pucuk midin tu mereka akan timbang manakala yang daun dah dikira seikat RM3.
Muka-muka happy dapat apa yang dihajati.
Kami tak dapat jambangan bunga pun tak apa.... asal dapat jambangan midin sudah happy 😁😁
Adoiii mak, cili takyah beli.. sana ada 😂
Cepat-cepat ambil gambar.. malu... kot orang cakap, pasar pun nak ambil gambar hehe..
Nenek kata geram je kat pisang restali tu. Macam nak beli. Harganya kan murah.
Astaghfirullah... oh my mader, cukup-cukup.
Ibu ada beli key-chain tapi di gerai yang lain.
Ibu pernah sampai tempat ni sebelum ni tapi sekarang kurang meriah. Masa tu seingat ibu di bahagian luar bangunan pun ada gerai-gerai. Masa tu lebih banyak kedai souvenir. Ada orang jual koleksi komik sebab masa tu Cikman minta belikan koleksi komik Dragon Ball.
Barang dapur, kerepek, keropok, spices dan segala barangan dapur pun ada dijual di sini.
Ini bahagian barang basah. Kami lalu situ sebab kereta park di bahagian belakang sana, tempat pasar borong.
Ikan terubuk masin pun banyak dan nampak semua fresh tapi kami dah beli siap di Kampung Gersik. Kalau beli di sini pun mereka akan packkan masuk kotak. Packaging pun cantik dan kemas.
Dah masuk kereta nenek cakap, teringatlah pakis tanjung yang seorang makcik tua ni jual. Nenek kata kasihan.
Adoiiii... nanti teringat-ingat pulak. Ayah kata itu dah memang kerja nenek tu jual, ramai je orang beli.
Masa ni ibu sedang susun atur barangan dagangan yang dibeli di sini. Beg neneklah jadi mangsa. Memang dah reserve beg tu untuk isi midin. Sumbat masuk salam.
Bila nak keluar tu, ayah park kereta kat tepi pasar harian, Nenekna je masuk dalam belik pucuk pakis tanjung. Biarlah beli, karang menyesal tak beli teringat-ingat pula. Harga murah je, seiikat RM1. Rasa Nenekna beli 4-5 ikat.
Bila nak masuk dalam flight kena tahan sebab size tak ikut standard kabin. Petugas kata size besar. Dari segi berat tak sampai pun 7kg sebab dalam ni cuma ada kek lapis dalam kotak, kuih cincin dan blankon.
Nak tak nak terpaksa hand carry kotak kek lapis sahaja dan beg Ikea ni petugas print tag dan diletakkan beg Ikea tu dalam kargo. Nasib kamu lah sayur hehehhee....
Ibu nak bawa naik kabin sebab dalam beg tu ada kuih cincin gula apong dan blankon topi. Tak nak hancur dan penyek kedua-duanya.
Bila sampai rumah Cik Cha kata jadi kuih cincin tersakiti 😂😂😂
Kami tukar plan sarapan di Kubah Ria sebab penjual di pasar Satok cakap gerai makan belum buka lagi ke belum banyak buka. Tak ingat.
Jadi ayah google lah tempat makan yang berhampiran.
Boleh tahan mahal pucuk midin erk
ReplyDeleteBetul tu wak... kot ada kat tempat wak bolehlah cuba cari dan jual, pasti ramai orang beli. Sedangkan pakis merah yang dah kembang pun orang beli.
DeleteOrang dah pandai makan dan jual pucuk midin...siap bleh eksport ke semenanjung..sebab tu mahal kan..sedapnya kalau dapat dan goreng belacan
ReplyDeleteikan terubuk di market dengan kat kampung Boyan tu mana murah/fresh?
ReplyDelete