2 minggu sebelum balik Wafi dok asyik tanya boleh tak abang dan kakak balik sebab dah rindu lama tak jumpa. Hurmm... ye lah tu.. dah lama tak gaduh dengan abang dan kakak kan.. tu sebab rindu. Jadi ibu suggest weekend yang cuti Krismas kalau nak balik sebab minggu ni kan Wafi baru balik dan minggu yang last tu kena balik semula ke sekolah.
Abang beritahu date yang ibu suggest abang ada kerja luar. Jadi tak dapat balik. Kakak ok nak balik walaupun ada quiz tapi boleh manage. Cuma ibu kesian lah kat kakak sebab kalau balik Khamis malam dan sampai pagi Jumaat, takkan malam tu juga nak kena balik U. Kalau balik Sabtu lewat petang baru sampai Jerteh. Nak kena ambil grab sorang-sorang pulak tu. Ibu belum konfiden lah kakak naik grab sorang-sorang. Haritu yang kakak balik mid-sem, ada kawan dan sampai Jerteh pagi.
Bila beritahu situation abang dan kakak, Wafi kata nanti buat video call lah dengan mereka. Muka dah sedih.
Kita nak jumpa kakak sebab nak pinjam Ipad kakak.
Aduhhh... hurmmm...
Masa awal2 kakak masuk U ritu kakak ada beli Ipad baru. Itu yang Wafi teringin tengok padahal Wafi pun dah ada Ipad sendiri. Mungkin sebab model lama.
Wafi suggest why not kita bertiga pergi Terengganu visit abang kakak.
Arghhh... sudah. Macamlah Terengganu tu macam nak pergi Kajang. Ibu dok bayang, minggu lepas drive ke Kedah, minggu ni drive ke Terengganu dan minggu depan drive ke Kedah semula.
Huhuhu... tak larat, tambahan cuti sekolah ni jalan kemain banyak kenderaan.
Ada check juga flight ticket, return seorang dekat RM500.. makaihhh... tu belum lagi nak kena sewa kereta kat Terengganu dan penginapan. Lagi satu kalau ke Terengganu, mungkin tak dapat jumpa abang sebab abang kan ada program.
Jadi ayah suggest belikan je lah Iphone untuk Wafi ganti abang dan kakak. Sebelum ni pernah beritahu Wafi kalau boleh stay kat SBP sampai F3, ibu ayah akan belikan Iphone. Kira rewardlah kekdahnya. Disebabkan Wafi takde cakap nak quit (lagi๐) jadi kita proceedlah Iphone tu tanpa syarat.
Haaaaa.... camtu sekali. Otw balik dari Kulim tu terus cari kedai. Ada kat Shah Alam.
Minta mereka transfer semua data dari phone lama. Dekat 3 jam jugalah tunggu. Siap makan, solat, rehat. Ayahlah yang paling letih sebab drive dari pagi bersambung pula tunggu HP siap. Terlelap juga di surau berhampiran.
Masa tunggu sales assistant setting HP Wafi kami jalan² keluar nampak kedai accessories ni sebaris dengan kedai phone.
Happylah dia akhirnya dapat IP.
Tak bolehlah abang dan kakak ejek² HP adik dia lagi.
Fair... semua dapat epal keroak๐
(kecuali ibu).
Nampak suka sangat Wafi dapat hp baharu
ReplyDeleteHarap-harap dia jaga elok2 dan manfaatkan.
Deletenampak happy dah dia...jangan leka dengan IP ye..belajar tetap focus utama...
ReplyDeleteHarap terus happy.
DeleteHP masa cuti ni je sebab balik asrama tak boleh bawak. Ibu is lega ๐
anak ammi yg no. 2 tu pun sibuk nak iphone. Ammi bising cakap handphone ammi ni pun office taja separuh..kalau beli sendiri memang takdenyalah ammi nak beli
ReplyDeleteWaahhh.. baguslah office accomodate HP.
DeleteBudak2 sekarang IP juga yang dicarinya.
Yeayyy wafi dh ada ipong baru ๐๐ Budak2 skrg asal dpt ipong je suka je x kisahla bkn latest
ReplyDeleteBetul.. diorang tak kisah pun walau bukan latest asal ada logo tu.
Deleteuntung wafi...acik pun jeles ni tak pernah pakai IP
ReplyDeleteSamalah tu.. ibunya pun takde IP. Kalau ada yang nak bagi onz je hehe..
DeleteBebudak zaman sekarang ini la 'toy' mereka ni. Kalau zaman dulu2 dam haji, dam ular, kalkitos hehehe.....
ReplyDeleteBetul tu Ezna.
DeleteWah asyik nih wafi dapat hp iphone.... Adik - kakak pakai hp keroak apel, jadi ibunya pakai hp apa ya?
ReplyDeleteSalam,
Ibu nya masih setia dengan Samsung je hehe
Delete