Pages

Monday, December 4, 2023

Kuching 2023 : Day 3 - Makan Malam Di My Village Barok

Makan malam hari ketiga Di My Village Barok dipilih sebab kami nak try makanan authentic Sarawak yang belum dicuba. Restoren ni terletak di Kampung Boyan. Jam 7 pm kita keluar bilik dan tunggu di jeti. Kebetulan hujan turun agak lebat jadi terpaksa lah beli payung di &e. Mujur ada jual. Bot tambang pula tak kelihatan. Hampir 15 minit menunggu baru lah satu bot sampai. 

Bila sampai di jeti Kampung Boyan kena jalan ke belakang, gelap pula laluan tu. Ada penduduk tempatan tunjukkan arah ke restoren My Village Barok. Dalam 2-300 meter macam tu.
 

Scallop Bakar

Ayam Pansuh

Kambing Ketok


Tomyam Ayam



Close up Ayam Pansuh.
Ehh.. sedaplah masakan ni. Kami merasa perlahan-lahan ada gabungan bunga kantan, daun kesum (kalau silap dimaafin), serai dan halia.
Ada sedikit rasa pedas.

A must have menu, Midin Goreng Belacan

Telur Dadar


Nenek kata makan kat sini paling sedap.. ye lah.. hari ni nenek makan semua sedap sebab gusi dah baik.
Kami dari hari pertama makan sedap πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Total makan minum RM145.00


Sebelum keluar dari restoren ibu ambil gambar sekitarnya.







Balik terus ada bot tambang, jadi cepatlah sampai ke water front.

Masa lalu kat gerai makan, nenek nampak kerang besar. Kami minta semangkuk RM18, siap masak dan bungkus. Minta penjual tu campur kerang yang besar dan sedang. Minta rebus sahaja dan tambahkan sambal kicap. Sementara tunggu mereka masak, kami shopping kat kedai souviner.

Bila balik tengok tu dia.... siap bubuh cili, bawang dan carrot lagi. Ini baru buka satu plastik, ada 2 plastik.

Tu dia... besar tapat tangan.

Puas hati makan. Memang nenek lah yang habiskan. Bila nenek sebut tu terus lah beli walau ditanya "mak nak ke?"
Geleng tapi senyum.
Itu tandanya nak😁

Ibu beli baju kelawar corak Sarawak, buah tangan buat family.

Hari kedua dah beli, malam tu pakai, kain sedap. Tu yang hari ketiga borong lagi. Dapatlah free satu.

Dompet tu pun beli kat waterfront, gerai souvenir yang sama. Keychain beli di Rumah Orang Ulu di SCV,
Hanya ada satu kedai souvenir paling dekat dengan hotel kami. Harga affordable. Manakala sebelahnya ada jual kek lapis, pelbagai jenis spices, kerepek dan lain-lain. Nenek ada beli gula apong, kerepek dan few spices. Lupa pula nak ambil gambar di gerai-gerai tersebut. Penjual di situ sangat peramah melayan kami dan semua pengunjung yang datang.
Haaa.. gitu lah adat berniaga, mulut manis barulah kami seronok nak membeli 😎


 

7 comments:

  1. wah.. nmpk sedap dinner di barok... kami pun dh lamaaaaaa sgt x ke situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua sedap food kat situ KM. Puas lah makan.

      Delete
  2. Replies
    1. Memang nyumss sangat.. tapi akak rasa makan kat sana lagi sedap hehehe... bila masak sendiri tak puas pula 😁

      Delete
  3. Geram la tgok midin goreng belacan tu..SA pergi first time dulu sempat merasa Pasar Satok, so banyak orang jual pucuk midin tu tapi kami x kenal dan x tau masa tu, Kali ke dua pergi xde dah pasar satok dah dipindahkan ke tempat baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Camtu memang ke ulang gi Kuching lah tu hehe... adalah alasan 😁

      Delete
  4. oo.. tak pernah dengar dan jumpa pula batang tepus. Mungkin panggilan kat Semenanjung berbeza.
    Masakan ayam pansuh ni macam rebus je tapi rasa dia tu yang unik.

    ReplyDelete