Hari ketiga di Kuching dimulakan seawal jam 6.30 pagi. Pagi di sini kan awal jadi matahari pun dah naik. Sebelum tu kami sudah bersarapan di dalam hotel. Beli siap² roti dari 7E. Nenekna yang siapkan semua pagi tu. Panaskan roti dan buat air panas.
Pagi ni kami akan ke Serikin, sempadan Malaysia/Indonesia.
Cantik cuaca pagi tu. Awan pula terapung². Ibu tak sempat ambil gambar awan terapung tu sebab asyik menikmati pemandangan pagi.
Trafik pula sangat smooth.
Jumpa dah signboard ke .Serikin, arah yang sama ke Gua Angin dan Gua Pari-pari.
Sikit lagi.
Sampai jam 8 am. Perjalanan dalam 1 jam dari Kuching. Bawak leha² je sambil menikmati panorama pagi.
Parking kereta RM2
Masa kami sampai masih awal jadi senang dapat parking.
Pasar Serikin ni hanya dibuka 2 hari seminggu iaitu
Sabtu 6 am - 6 pm
Ahad 6 am - 12 noon
Disebabkan Serikin ni terletak di sempadan Malaysia dan Indonesia maka penjual datang dari dua-dua negara. Yang dari Indonesia mereka datang pada hari Jumaat dan balik semula ke sana pada hari Ahad atau Isnin. Sempatlah Nenekna menemuramah mereka.
Serikin ni macam Wang Kelian (20 years back, sekarang tak sure). Nak kata macam Pengkalan Kubor, Padang Besar atau Bukit Kayu Hitam jauh sekali sebab di sana banyak bangunan². Kat sini gerai² macam tu je.
Kami jalan melihat-lihat dengan tenang.
Oleh kerana Serikin ni terletak berhampiran garisan Katulistiwa maka ia cepat panas. Jadi eloklah datang awal sebaiknya jam 8 - 10 pagi.
Ayah beli 2 helai baju batik tapi tak sure dari gerai yang mana sebab ada banyak.
Semangat betul jalan.
Nenek beli udang kering. Ibu beli cumi² kering tapi digerai lain.
Ni lah mak² bila sopink 🤣
Sopink ikan masin pun jadi terapi.
Mereka panggil buah belimbing. Bentuk isi dan rasa seperti buah tampoi dan rasanya seperti buah rambai. Sebelum sampai Serikin dah perasan ada nampak orang jual merah ni. Warnanya menarik perhatian kami. Kami hanya rasa tapi tak beli. Tak nak makan buah masam² risau perut meragam masa travel.
Nenek ni rasa beberapa gerai jual pengasah pisau disinggahi. Memang beli satu. Jauh betul beli pengasah 😅
Acik tu kata nenek pembuka rezeki.
Jumpa juga buah Dabai. Ada satu ke gerai yang jual. Sekilo RM40. Kami beli sikit j, pilih dan timbang RM17. Cukuplah buat rasa-rasa.
Kami berjalan sampai ke hujung sebab nak pergi bahagian sayur-sayuran.
Ada yang dijual dalam botol.
Nenek kata rasa nak beli pelbagai ubi-ubi. Kalau naik bas bolehlah beli. Padahal kat tempat sendiri pun ada. Tapi sebab harganya yang tak masuk dek akal.
Petai tu lahai... murahnya. Disebabkan ada jual yang dikopek, kami borong. Satu plastik adalah dalam 2-3 genggam baru 5 ringgit. Mula² ibu beli 3 plastik... arghhh... bagi RM20 ada balance. Minta tambah 1 lagi plastik cukupkan RM20 dan isi petai penjual tu tambah lagi. Allahu.. semoga terus bertambah rezeki peniaga di sini.
Ibu beli lagi satu plastik RM10
Gila lama2 duduk sini, semua nak beli.
Ibu ada juga beli kucai lokio, sedap tu masak dengan udang. Kat tempat sendiri tak jumpa. Kat Sarawak baru jumpa.
Nenekna dok berzikir ingatkan tiap kali kami berhenti nengok² ... kita bukan naik bas 🤣🤣
Ni kalau kat Malaysia jenama Farm Fresh lah. Cuma Farm Fresh belum keluarkan minuman yogurt. Hanya susu berperisa.
Masa nak balik tu ibu bagi beg kat ayah sebab ayah kat gerai untuk minum². Tak larat sebab berat. Kami nak sambung shopping 🤣🤣
Bila dah habis beli barang, ibu dan nenek terus ke kereta. Masa tu Nenekna dah masuk kereta dengan ayah. Tanya ayah mana? Nenekna kata ayah tertinggal barang dagangan kat gerai yang dia minum tadi. Ya Allah!
Dah lah gerai tu kat tengah², jenuh juga lah nak ulang alik. Mujur orang kat gerai tu simpankan. Katanya dia ingat ayah lagi. Kalau hilang dan ayah nak ganti duit pun ibu rasa tak berbaloi dengan penat berjalan ke belakang 🤣.
Kami shopping sampai jam 10 am. Ngamlah dengan plan untuk 2 jam berada di Pasar Serikin. Kalau lebih dari tu takut kami kena charter kapal terbang pula 🤭🤭
mmg berbaloi bercuti di kch sampai ke serikin diorg shopping... hehehe... serikin ni pn dh lamaaaaa sgt x pegi
ReplyDeletetempat camni lah yang dicari hehehe..
DeleteSesekali datang kan... boleh meroyan shopping, macam semua nak beli mujur beringat beg nya tak banyak space😁
SA kat Serikin beli kain pasang dengan tikar sarawak..jenuh org tu packing utk masuk flight masa balik..lepas tu x ingat la beli apa lagi..bukan main happy nenek ye..ceria je dia
ReplyDeleteRitu pergi macam ada 1-2 kedai je yang jual tikar Sarawak. Rasa dulu lagi banyak. Akak beli tikar Sarawak masa pergi 2006. Masa tu pun beli kat kedai area Waterfront. Tikar pun dah lupus sebab lama-lama kumpul habuk.
Delete