Petang selepas bersihkan diri ingat nak lepak-lepak dalam bilik tidur, tapi mata tak boleh lelap sebab lepas solat Asar. Segar pulak mata ni. Jadi kami lepak depan TV. Nenekna rebus jagung yang dibeli di Pasar Serikin. Rebus guna rice cooker. Ada je periuk dan dapur di suite kami tapi masak guna rice cooker lagi mudah.
Ibu pun nak try lah makan buah dabai. Hasil dari maklumat penjual di pasar macamana nak makan buah ni.
Mula-mula cuci bersih buah dabai. Ambil 10 biji je untuk rasa.Menuntut tak habis.... patutnya buang tampuk/batang Dabai tu.
Letaklah mangkuk kat balkoni barulah nampak "keSarawakkan" nya berlatar belakangkan Sungai Sarawak 😄.
Letaklah mangkuk kat balkoni barulah nampak "keSarawakkan" nya berlatar belakangkan Sungai Sarawak 😄.
Rasanya lemak-lemak seperti buah avokado tapi ada rasa masam di hujung. Penjual tu kata makan dengan sedikit garam atau kicap. Di Pasar Serikin tak jumpa kicap dan masa pulang ke Kuching lupa nak beli kicap, jadi kami makan dengan garam je.
Sebenarnya kami tak sure macamana nak makan, samada makan isinya sahaja atau makan sekali dengan kulit. Kami hanya mencungkil isi yang berwarna kuning tu dengan sudu. Bila tengok Youtube, ditunjukkan makan sekali dengan kulitnya. Patutlah masa kami makan nasi goreng Dabai ada sekali kulit berwarna ungu gelap.
Baki buah Dabai ibu bawa balik rumah dan frozenkan.
Nantilah tengok resepi apa yang guna buah Dabai ni.
Kalau di Sabah ada buah Tarap dan kami dapat merasainya.
Di Sarawak pula ada buah Dabai.
Alhamdulillah kami dapat merasa pengalaman menikmati buah nadir sesebuah negeri.
mkn dgn nasi goreng sedap kak... dabai tu cicah kicap mahsuri pedas... mkn dgn mknn bersantan pun sedap... mcm kari, masak lemak
ReplyDeleteoo ok.. baiklah. nanti akak cuba, terima kasih KM atas suggestion.
DeleteTeruja plak SA nak cuba makan buah Dabai...dah umur2 macam ni rajin nak cuba macam- macam yang kita x pernah jumpa dan xde dalam budaya kita kan
ReplyDeleteBetul tu... umur-umur sekarang baru lah nak merasa kelainan makanan. Mungkin sekarang banyak disiarkan di medsos jadi kita pun ingin cuba.
Delete