Dari Gua Angin kami terus pulang ke Kuching. Cari lunch pula. Seperti biasa ayah tukang cari tempat makan.
Kali ni ayah pilih Rumah Hijau Cafe.
Menu minuman.
Sedap dan lembut ayam ni bila sampai panas-panas lagi.
Meja sebelah kami bagi suku potong cheese cake Secret Recipe bila mana ayah tolong ambilkan gambar mereka beramai-ramai. Sambut harijadi one of their children. Katanya membalas jasa. Allahu.. ambilkan gambar sahaja pun, segan pula rasanya. Walaupun berlainan bangsa sampai macam tu sekali mereka treat kita. Mereka memberi alasan akan ke tempat lain jadi tak mahu bawa makanan banyak-banyak. Semoga perjalanan mereka ke destinasi seterusnya berjalan lancar.
Dah ada rezeki depan mata kita makan dulu dessert sementara tunggu sajian utama.
Kat restoren ni nenek makan dengan berselera sekali. Ye lah.. semalam kan gusi sakit. Ni dah baik sedaplah makan. Nasi banyak tu nenek boleh habis. Selalu mana ada ambil nasi banyak.
Barulah seronok tengok nenek makan.
Lambatlah sikit hidangan ayah dan Nenekna sampai.
Kemain lagi ibu ni... Sirap Bandung Cincau. Bila travel minum manis² eh 😅.
Nasi Goreng Bunga Kantan Ayam Penyet hidangan special Nenekna. Nenekna kata kat rumah ada bunga kantan pun takde nak buat nasi goreng. Kat sini teringin pulak rasa.
Haaaa. gitu lah kalau kita berjalan².. benda yang biasa akan jadi luar biasa.
Nasi Aruk Ikan Terubuk Masin.
Tu dia.... sekeping ikan terubuk masin. Ingatkan ia dicampur dalam nasi.
Nasi Aruk tu adalah nasi goreng
Total makan minum RM84.00
Overall masakan semua sedap.
Lepas lunch kami terus ke Muzium Budaya Borneo (Borneo Cultures Museum).
Masa kami sampai hujan turun dan menurut pengawal keselamatan tiada parking kosong. Kalau nak masuk juga kena cari parking di luar. Cabaran juga bagi kami kerana perlu berpusing mencari parking di bangunan yang lain. Perlu mmencari arah yang tidak biasa bagi kami. Jauh pula dan hujan. Kasihan pula nenek nak jalan jauh.
Jadi kami decide untuk pulang ke hotel dan ambil grab sahaja. Masa ni sudah jam 2 lebih. Muzium hanya dibuka sehingga jam 4 pm.
Makanan semua nampak sedpa..wah dapat cake..ye la orang sana memang berbudi bahasa, kalau kita tolong apa je pasti dapat balasan..Museum tu SA x pi..x cukup masa
ReplyDeleteMakanan semua sedap kat situ, patutlah pelanggan tak putus datang.
Delete