Pages

Tuesday, December 12, 2023

Limau Bali

Jumaat lepas nenek bagi ibu sebiji limau bali yang dipetik di belakang rumah. Katanya kulit dah layu sebab tunggu ibu tak balik-balik. Aiseyyyy... minggu lepas memang tak sempat singgah sebab balik rumah pun dah malam. Jumaat baru sempat singgah bila reporting dah submit.. jadi bolehlah balik ontime, yeeayyyyy

Ibu campurkan
  • 1/2 limau bali 
  • 2 SB serbuk asam
  • 2 SB gula 
  • 2 biji cili padi
  • Kicap cair
Campurkan semua bahan-bahan di atas dan sejukkan.

Ibu terlebih letak serbuk dan kicap.
Hasilnya ada terlebih rasa masin.
Bila nak makan lebihan kicap tidak diceduk sekali.

1/2 lagi ibu kurangkan sukatan bila buat keesokan hari nya.

1/2 biji limau bali
1 SB serbuk asam
2 SB gula
2 biji cili padi

Barulah ngam rasanya. 
 

6 comments:

  1. Kesukaan. Haritu beli yg isi merah. Tukang jual kata manis, bila dh blk ya ampun dia punya masam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seingat akak kalau yang putih manis sikit tapi tak ada lah manis leting. Pernah beli kat Perak manis. Tapi buah yang mak akak bagi ni still ada rasa masam.

      Delete
  2. Oalaaah, harusnya saya buat macam ni ya.... Selama ini tak terlalu suka jeruk Bali Krn masam, tp itu Krn dimakan begitu saja. Kalo ditambah bahan2 kayak Kaka, dah terbayang sedap 🤤🤤

    ReplyDelete
  3. Mak oiii, x pandai SA makan macam ni..selalu makan cenggitu je

    ReplyDelete