Pages

Sunday, December 3, 2023

Kuching 2023 : Day 2 - Kampung Budaya Sarawak (Part 3)

Rumah Melayu

Kali ni masuk Rumah Melayu tiada live performance. Ibu tak naik hanya menunggu di bawah. Hanya nenek dan Nenekna je naik melihat sendiri reka bentuk dalaman rumah orang Melayu.

Dihadapan rumah Melayu.

Sopan santun... gadis Melayu ehhh

Katanya Nenekna menunggu jodoh yang tidak kunjung tiba 😁


Kami terus ke dewan bilamana Rumah Cina ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan.
Masa ni pun masih awal lagi, baru jam 10.30 am
Disebabkan pintu masuk hanya dibuka pada jam 11.15 pagi maka kami minum dahulu di restoren sebelah dewan. Lega betul dapat membasahkan tekak.

Macam biasa, kami mesti nak jadi orang yang awal, jadi dapat masuk dewan dan pilih seat yang paling strategik 😁

Kami dapat tiket persembahan kebudayaan jam 11.30 am
Khabarnya disebabkan haritu ramai pengunjung, jadi sesi pagi diadakan sebanyak dua kali iaitu jam 11.30 am dan 12.30 pm.

Penari-penari kebudayaan akan mempersembahkan tarian tradisi beberapa suku kaum di Sarawak.

Welcoming dance.


Ibu hanya ambil beberapa keping gambar sahaja kerana mahu menikmati persembahan mereka.

Persembahan awal dari lelaki Iban yang menggigit lesung seberat 20 kg dan mengangkatnya. Bila dijatuhkan kedegang bunya lesung tu jatuh.





Penari kat bawah tu memusingkan buluh. Pusing ibu nengok penari yang kat atas tu.

Penari ni meyumpit belon dengan tepat, dah biasa kan... tiap-tiap hari buat benda sama.
Beliau memanggil salah seorang penonton untuk turut serta. Sebelum ni penari yang buat benda sama, muka agak bengis tapi kali ni jambu sangat 😂😂

Tourist dari Peranchis sangat sporting buat aksi yang diarahkan.
Gambar beliau ibu tak ambil pula.
Camne boleh tau orang Peranchis?
Masa kami nak ke dewan ada sekumpulan pelajar tanya mamat ni yang kebetulan lalu di sebelah kami.

Hello sir, where are you come from?
Lantas dijawab "Saya Orang Peranchis" sambil tersenyum-senyum.
Bersorak-sorak pelajar tu bila dijawab begitu.


Para penari memanggil penonton yang dibawah untuk turut serta menari di atas pentas.

Brader tengah tu sangat peramah, jumpa masa kami menunggu pintu dewan dibuka. Rupanya musician main rebana.

Tarian penutup.

Tak sedar rupanya sudah habis 1 jam persembahan yang sangat energetik.
Selayaknya persembahan mereka di pentas antarabangsa.


Sehabis persembahan kami mengambil gambar masa mula-mula sampai. Tak beli pun boleh tapi kami beli untuk dijadikan fridge magnet dengan bayaran sebanyak RM20.
 

2 comments:

  1. Menarik kan pesembahan diorang walaupun semuanya sama aje...SA suka tengok..

    ReplyDelete